Isnin, 7 Mei 2012

Acer TravelMate 8481 adalah komputer notebook terkini yang dibangunkan khusus untuk segmen pengguna profesional dan ahli perniagaan.

DENGAN penampilan nipis dan ringan, Acer TravelMate 8481 adalah komputer notebook terkini yang dibangunkan khusus untuk segmen pengguna profesional dan ahli perniagaan.
Permukaan luarnya yang diperbuat daripada aluminium magnesium bukan saja memastikan TravelMate 8481 nipis tetapi juga ringan, sekali gus menepati keperluan pengguna yang sentiasa mengembara.

Pada ukuran 5.5 milimeter (mm), TravelMate 8481 adalah produk ternipis pernah diperkenalkan Acer.
Disokong dengan permukaan dasar yang serba tahan lasak dan bateri bertenaga, jangka hayat TravelMate 8481 amat mengagumkan kerana ia mampu bertahan melebihi 13 jam, bergantung kepada penggunaan.

Ciri lain pada notebook terbaru Acer ini termasuk prosesor 1.6GHz Intel teras dengan disokong RAM 3 Gigabait (GB) dan boleh dipertingkatkan kepada memori 8 GB.

Sistem storannya turut dipertingkatkan dengan komponen pemacu keras serap gegaran pada saiz 320GB serta pilihan storan tambahan sehingga 64 GB.
Aspek grafiknya pula diperkukuhkan dengan modul HD3000 integrasi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan diperkemaskan dengan penggunaan GPU Nvidia.
Ia juga dilengkapi dengan pelbagai port sambungan termasuk Ethernet (RJ-45), VGA-out, HDMI, eSATA, sambungan USB 3.0 dan sambungan audio.

Dari segi prestasinya, pengalaman menggunakan sistem operasi Windows tidak sehebat yang diharapkan. Bagaimanapun, kecekapan prosesornya beroperasi adalah kunci utama keupayaan produk terkini Acer ini.

TravelMate 8481 berupaya memaparkan visual dan imej lebih tepat apabila bermain permainan video atau menggunakan aplikasi tiga dimensi perniagaan.

Kekurangan ketara pada sistem ini ialah ia tidak didatangkan dengan pemacu DVD.

Secara keseluruhannya, Acer TravelMate 8481 dengan keupayaan sistem dalaman yang bertenaga disokong reka bentuk nipis serta ringan, adalah pelengkap kepada ahli perniagaan yang sentiasa bergerak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...