Khamis, 31 Mei 2012

Fujitsu menampilkan model LifeBook LH772

FUJITSU PC Asia Pacific Ltd (FPCA) melancarkan LifeBook pertamanya yang menggabungkan platform Intel baru mudah alih bagi memenuhi keperluan multimedia dan hiburan pengguna.
Pengurus Negara Malaysia (FPCA), Yap Hui Hui berkata, Fujitsu menampilkan model LifeBook LH772 kepada pasaran seluruh negara bagi memberi lebih banyak pilihan produk berkualiti terbaik.
“Fujitsu LifeBook siri baru bagi 2012 ini dibangunkan berasaskan reka bentuk dengan Falsafah Takumi yang merangkumi empat elemen utama iaitu Infinity Mark sebagai lencana kecemerlangan dan inovasi, F-Line Keyboard, Zen-like Rounded Profile melambangkan kesederhanaan dan fokus pada kualiti, User-Centric Shared Details serta DwiColor Keyboard untuk memudahkan penggunaan.

LifeBook LH772 juga diserapkan dengan pengaruh buatan Jepun iaitu Onkyo Box Speakars untuk menyampaikan bunyi yang jelas dan pengalaman kualiti visual. Manakala DTS UltraPC II Plus meminimumkan gangguan bunyi, fungsi ini membolehkan perbezaan yang besar dalam keseronokan audio.

Dikuasai oleh cip pemproses Intel(R)Core(TM) generasi ketiga, i7 Quad Core di atas platform Intel(R) Chief River dengan Intel Turbo Boost Technology 2.0, LifeBook LH772 menyepadukan sistem grafik berdedikasi NVIDIA Optimus 2GB dan skrin LCD SuperFine Berdefinisi Tinggi 14 inci untuk membawakan imbangan yang sempurna serta jangka hayat bateri lebih lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...