Ahad, 20 Mei 2012

Acer Iconia Tab A501 Terbaru

Dari segi reka bentuk, A501 lebih tebal dan berat jika dibandingkan dengan rangkaian produk Apple tetapi masih selesa untuk dipegang.
Seperti produk tablet lain di pasaran, keunikan skrin bersaiz 10.1 inci dengan permukaan lebih tebal dan melengkung membezakan jenama Acer serta Apple atau Samsung.

Malah, pada resolusi piksel 1,280 x 800, A501 menyerlahkan keupayaan sistem operasi Android yang memiliki peminatnya tersendiri.
Bahagian belakangnya beralaskan permukaan aluminium berwarna kelabu dan dilengkapi kamera 5 megapiksel berserta flash LED.

Pada bahagian bawahnya pula terletak sepasang pembesar suara stereo dengan kemampuan menyokong fail audio atau video yang ditonton.

Selain itu, kamera kedua dengan keupayaan dua megapiksel ditempatkan pada bahagian depan dan amat sesuai untuk persidangan video.

Langkah menempatkan beberapa butang serta port sambungan di bahagian tepi pula menepati keselesaan pengguna tanpa menjejaskan penggunaannya.

Bagaimanapun, kawalan sistem audio yang dihasilkan lebih ke dalam jika dibandingkan dengan produk lain seumpamanya di pasaran.

Di bahagian tepi kiri pula ditempatkan butang menghidupkan sistem itu, jek fon kepala dan slot Micro-HDMI.

Manakala pada bahagian tepi kanannya dilengkapi dengan penyesuai sumber kuasa, sistem sync Micro-USB serta port sambungan USB yang boleh disambungkan kepada papan kekunci atau storan memori luaran.

Kesimpulannya, reka bentuk A501 berjaya diperkemaskan berbanding siri sebelumnya, A500 yang dianggap terlalu tebal untuk kategori tablet.

Selain itu, ciri utama perkakasan A501 hampir menyamai A500 dan yang membezakannya adalah prosesor teras kembar Nvidia Tegra 2, RAM 1GB, sambungan rangkaian WiFi 802.11, 4G dan Sistem Kedudukan Global (GPS)

Untuk siri A501, ia dibangunkan dengan kapasiti 16GB dan 32GB.

Pretasi A501 pula adalah sesuatu yang wajar dipuji kerana pelayaran aplikasi khususnya ciri zoom serta membuka muka surat baru lebih lancar dan cepat.

Apabila dibandingkan imej pegun dan video yang diambil, kualiti fail yang dilayar semula lebih anggun dan jelas berbanding sebelumnya.

Kesimpulan Acer Iconia Tab A501 yang dilengkapi ciri 4G adalah ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding tablet Honeycomb 4G.

Reka bentuk tersendiri A501 mampu menarik minat pengguna Android sekira iPad bukan pilihan anda.

Spesifikasi
Sistem Operasi Android™
Prosessor dan Set cip NVIDIA (pengeluar); Tegra 2 (jenis); 250 (model); 1 GHz (kelajuan); Teras kembar (prosesor); 1 MB (cache)
Memori - 1 GB
Storan - 16 GB (flash)
Paparan dan Grafik - 25.7 sm (10.1")
Rangkaian - Teknologi 3G
Bateri 2 sel Polimer Litium
Dimensi 260 x 177 x 13.3 milimeter
Berat 777 gram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...