Jumaat, 25 Mei 2012

HP ENVY14 Spectre Notebook Canggih terbaru

PENGELUAR produk komputer terkemuka, HP tampil lagi dengan ENVY 14 Spectre yang menjadi antara ultrabook patut dimasukkan dalam senarai bajet pengguna.
Berlandaskan rekaan kukuh dan comel, Spectre tidak melupakan bahan binaan yang menarik serta mantap pada laptop terbabit termasuk gelas tahan calar dan ringan dikemaskan di keseluruhan kerangkanya.
Melalui paparan HP Radiance pula, ia memastikan resolusi tinggi dengan warna sebenar yang sesuai bagi semua sudut pandangan manakala papan kekunci jenis ‘backlit’ menyerlahkan penggunaannya pada waktu malam.

HP Envy 14 Spectre mempunyai berat kurang daripada 1.8kg dan didatangkan dengan storan SSD 256GB. Dengan teknologi Beats Audio anda akan berpuas hati dengan bunyinya ketika melayan video atau games.

SPESIFIKASI:

PRODUK: HP ENVY 14 Spectre
HARGA: Bermula RM3,999
PEMPROSESAN: Intel Core i5 2467M,1.6 GHz
OS: Windows 7 Home Premium 64-bit
MEMORI: DDR3 1333 MHz
SDRAMRAM: 4096 MB
GRAFIK: Intel HD Graphics 3000
HD: 128GB
SKRIN: 14 inci HD+ Radiance LED

SAMBUNGAN: LAN802.11n, 802.11g, 802.11a, Ethernet LAN, Bluetooth, Bluetooth V3.0 EDR

BATERI: 9.5 jam
DIMENSI:12.88 x 8.7 x 0.79 inci
BERAT: 1.8kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...