Khamis, 31 Mei 2012

Fujitsu menampilkan model LifeBook LH772

FUJITSU PC Asia Pacific Ltd (FPCA) melancarkan LifeBook pertamanya yang menggabungkan platform Intel baru mudah alih bagi memenuhi keperluan multimedia dan hiburan pengguna.
Pengurus Negara Malaysia (FPCA), Yap Hui Hui berkata, Fujitsu menampilkan model LifeBook LH772 kepada pasaran seluruh negara bagi memberi lebih banyak pilihan produk berkualiti terbaik.
“Fujitsu LifeBook siri baru bagi 2012 ini dibangunkan berasaskan reka bentuk dengan Falsafah Takumi yang merangkumi empat elemen utama iaitu Infinity Mark sebagai lencana kecemerlangan dan inovasi, F-Line Keyboard, Zen-like Rounded Profile melambangkan kesederhanaan dan fokus pada kualiti, User-Centric Shared Details serta DwiColor Keyboard untuk memudahkan penggunaan.

LifeBook LH772 juga diserapkan dengan pengaruh buatan Jepun iaitu Onkyo Box Speakars untuk menyampaikan bunyi yang jelas dan pengalaman kualiti visual. Manakala DTS UltraPC II Plus meminimumkan gangguan bunyi, fungsi ini membolehkan perbezaan yang besar dalam keseronokan audio.

Dikuasai oleh cip pemproses Intel(R)Core(TM) generasi ketiga, i7 Quad Core di atas platform Intel(R) Chief River dengan Intel Turbo Boost Technology 2.0, LifeBook LH772 menyepadukan sistem grafik berdedikasi NVIDIA Optimus 2GB dan skrin LCD SuperFine Berdefinisi Tinggi 14 inci untuk membawakan imbangan yang sempurna serta jangka hayat bateri lebih lama.

Kamera WiFi Canon IXUS 510 HS

Kamera dengan sambungan Wifi kini menjadi trend yang menarik dalam industri fotografi malah Canon sendiri sudah menampilkan IXUS 510 yang dimuatkan ciri terbabit bermakna setiap foto anda boleh dimasukkan terus ke laman Facebook.
Peranti terbabit dikuasai pemprosesan terbaru Canon Digic IV yang menawarkan prestasi lebih pantas dan keupayaan merakam ketika pencahayaan rendah selain mod zum optikal 12x dan mempunyai pengesan 10 megapiksel.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Canon IXUS 510 HS

HARGA: RM1,299
RESOLUSI: 10.1 megapiksel
JARAK FOKAL: 4.0 - 48.0 mm
PEMPROSESAN: DIGIC IV
KELAJUAN SHUTTER: 1 - 1/4000saat
SKRIN: 3.2 inci
ANTARAMUKA: USB, HDMI, IEEE802.11b/g/n
KAD MEMORI: microSD, microSDHC, microSDXC
RAKAMAN: 190 foto
DIMENSI: 85.8 x 53.5 x 19.8mm
BERAT: 163g

BlackBerry Curve 9320 dan 9220 Mudahkan BBM

RESEARCH In Motion (RIM) menampilkan BlackBerry Curve 9320 dan 9220, dua model terbaru telefon pintar yang bercirikan semua aplikasi pesanan segera terkemuka dan keupayaan rangkaian sosial yang membuatkan BlackBerry popular di Malaysia.

Menurut Pengarah Malaysia & Brunei, RIM Singapore Pte Ltd, Annamalai Muthu, ia dibangunkan dengan hasrat memudahkan penggunaan dan mampu dimiliki. Malah, ia dikuasai bateri yang tahan lebih lama untuk memastikan pengguna terus terhubung dengan rakan sosial mereka.

Antara lain, ciri baru yang dimasukkan ke dalam Curve 9320 dan Curve 9220 ialah butang khusus untuk aplikasi pesanan segera BBM, radio FM dan sistem operasi (OS) BlackBerry 7.1 yang dirangkumkan dengan ciri kawalan keluarga bagi memudahkan ibu bapa melindungi anak-anak daripada capaian ke aplikasi, fungsi spesifik serta ciri yang sensitif dan tidak sepatutnya dibuka.

Tiada harga yang diberikan buat masa ini, namun bagi model Curve 9220, ia dijangka memasuki pasaran mulai 4 Jun ini menerusi rakan niaga yang disahkan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.

>Spesifikasi

PRODUK: BlackBerry Curve 9320
HARGA: tidak diperoleh
OS: BlackBerry 7.1
KAMERA: 3.2MP, zum 4X, flash
SKRIN: 2.44 inci LCD TFT
MEMORI: 512 MB eMMC/512MB RAM, slot kad MicroSD
PENYAMBUNGAN: WiFi, Bluetooth, jek 3.5mm, GPS
BATERI: ion litium 1450mAh, 7 jam masa bercakap, 30 jam masa bersedia, 30 jam main muzik
DIMENSI: 109 x 60 x 12.7mm
BERAT: 103gm

>Spesifikasi

PRODUK: BlackBerry Curve 9220
HARGA: tidak diperoleh
OS: BlackBerry 7.1
KAMERA: 3.2MP, zum 5X, flash
SKRIN: 2.44 inci LCD TFT
MEMORI: 512 MB eMMC/512MB RAM, slot kad MicroSD
PENYAMBUNGAN: WiFi, Bluetooth, jek 3.5mm
BATERI: ion litium 1450mAh, 7 jam masa bercakap, 30 jam masa bersedia, 28 jam main muzik
DIMENSI: 109 x 60 x 12.7mm
BERAT: 102gm


Jumaat, 25 Mei 2012

HP Pavilion HPE Phoenix h9 ( CPU Generasi Baru)


CPU dihasilkan HP menerusi Pavilion HPE Phoenix h9 memang menawarkan harapan baru kepada mereka yang masih setia dengan penggunaan desktop.

Nasib baik, Phoenix h9 yang mempunyai rekaan ala kapal angkasa disajikan dengan ruang 16GB untuk memori DDR3 dan tiga cakera keras dalaman memberikan prestasi paling menarik di samping kad grafik berkualiti tinggi mampu menyokong pelbagai banyak monitor sekali gus.

SPESIFIKASI:

PRODUK: HP Pavilion HPE Phoenix h9

HARGA: anggaran dari RM3,888
PEMPROSESAN: Intel Core i7-2600, 3.4 GHz, DMI 5GT/s
SET CIP: Intel H67
MEMORI: 16 GB 1333 MHz DDR3
SLOR MEMORI: 4 DIMM
CAKERA KERAS: 2 TB SATA 3G (7200 rpm)
GRAFIK: AMD Radeon HD 6850 (1 GB GDDR5)

PORT: 2 x USB 3.0, 8 x USB 2.0, 1 x Line-out, 1 x LAN, 1 x fon telinga, 1 x mikrofon

DIMENSI:17.5 x 41.2 x 41.5 cm
BERAT: 12.5kg

HP Omni 27 - All In One dengan Beats Audio

PC semua dalam satu (AIO) masih lagi relevan sehinggakan HP sendiri masih yakin produk baru mereka, Omni 27 bakal menggamit jiwa pengguna sama ada di rumah atau pejabat yang mempunyai sudut paparan boleh ubah hingga 25 darjah.
AIO sama hadir dengan pemprosesan pelbagai teras, grafik HD dan storan menjangkau 2TB disamping format audio yang direka khas daripada Beats Audio, pemacu BluRay dan penetap televisyen memberikan nilai tambah kepada PC ini.

SPESIFIKASI:

PRODUK: HP Omni 27

HARGA: dari RM3,888
OS: Windows 7 Home Premium 64
PEMPROSESAN: Intel(R) Core i7-2600S, 2.8 GHz, DMI 5GT/s
SET CIP: Intel H61
MEMORI: 8 GB 1333 MHz DDR3
SLOT MEMORI: 2 SODIMM
CAKERA KERAS: 2 TB SATA (7200 rpm)
GRAFIK: NVIDIA GeForce GT 520M (1GB)
PAPARAN: 27 inci HD Penuh
DIMENSI: 21.3 x 50.2 x 65.1cm
BERAT: 13.75kg

HP ENVY14 Spectre Notebook Canggih terbaru

PENGELUAR produk komputer terkemuka, HP tampil lagi dengan ENVY 14 Spectre yang menjadi antara ultrabook patut dimasukkan dalam senarai bajet pengguna.
Berlandaskan rekaan kukuh dan comel, Spectre tidak melupakan bahan binaan yang menarik serta mantap pada laptop terbabit termasuk gelas tahan calar dan ringan dikemaskan di keseluruhan kerangkanya.
Melalui paparan HP Radiance pula, ia memastikan resolusi tinggi dengan warna sebenar yang sesuai bagi semua sudut pandangan manakala papan kekunci jenis ‘backlit’ menyerlahkan penggunaannya pada waktu malam.

HP Envy 14 Spectre mempunyai berat kurang daripada 1.8kg dan didatangkan dengan storan SSD 256GB. Dengan teknologi Beats Audio anda akan berpuas hati dengan bunyinya ketika melayan video atau games.

SPESIFIKASI:

PRODUK: HP ENVY 14 Spectre
HARGA: Bermula RM3,999
PEMPROSESAN: Intel Core i5 2467M,1.6 GHz
OS: Windows 7 Home Premium 64-bit
MEMORI: DDR3 1333 MHz
SDRAMRAM: 4096 MB
GRAFIK: Intel HD Graphics 3000
HD: 128GB
SKRIN: 14 inci HD+ Radiance LED

SAMBUNGAN: LAN802.11n, 802.11g, 802.11a, Ethernet LAN, Bluetooth, Bluetooth V3.0 EDR

BATERI: 9.5 jam
DIMENSI:12.88 x 8.7 x 0.79 inci
BERAT: 1.8kg

Khamis, 24 Mei 2012

Aksesori khas SAMSUNG Galaxy Tab 7.7 - Keyboard Dock

Sentuhan keyboard lembut ini sungguh selesa. ia juga membuatkan anda berkomunikasi lebih cepat dan mudah, mengecas sambil menggunakannya. Kekunci panas Android memberikan satu sentuhan akses kepada ciri-ciri utama seperti internet, e-mel, muzik dan video.
Full-size dock
Tablet hotkeys that activate key features of Galaxy Tab™ including internet, email and music/video controls

Charging and data sync capabilities 3.5mm stereo audio output for connection to external speakers (cable not included).

Charger Type
30-pin
Audio Out
3.5 mm Port
Compatibility
Galaxy Tab™ 7.7

Tablet '1Malaysia Pad' kini di pasaran

MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

Tablet yang menggunakan sistem Android 2.3 Gingerbread itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.Tapi tadi saya cuba ke web site maltechpro tetapi tidak jumpa apa-apa mengenai Tablet 1 Malaysia Pad ini.

Keistimewaan: Sambungan Jalur Lebar atau Internet dan 3G.

Bagi aku kalau nak tablet yang spec rendah dan harga pun murah lebih baik membeli Lenovo A1 Nvidia Tegra Cortex, A8 (Single 1Ghz) (Black) hanya berharga RM769.00 walaupun ianya hanya menyokong fungsi Wi-fi.

specs:

ARM Cortex™-A8 1.0GHz processor
Android™ 2.3
7” premium display with capacitive multitouch capability
14.1 oz.
Up to 5 hours battery life (up to 7 hours for web browsing)
Up to 16GB storage
512MB LP DDR memory

atau

TOSHIBA REGZA TABLET AT1S0-10003G ( 7" ,3G TABLETS ) pada harga RM1099.
PROCESSOR
NVIDIA® Tegra™ 250 Mobile Processor (1GHz Dual-Core)
OPERATING SYSTEM
Android™ 3.2, Honeycomb
MEMORY
1024MB DDR2
DISPLAY SIZE
7.0" Multi-touch high-res display, resolution 1,280 X 800 (16:10) with Toshiba Adaptive Display Technology and Toshiba Resolution™+ Video Enhancement

atau tambah sedikit wang untuk iPad 2 Wi-fi

banyak lagi pilihan yang boleh kita cari dan beli. contohnya SAMSUNG Galaxy Tab 7+ Plus yang harga sudah turun kepada RM1399.

Tapi itu semua pendapat saya.so tepuk dada tanya selera.

Rabu, 23 Mei 2012

Nasib boleh order Gas Petronas dari rumah - Gas Petronas | 1-300-888-427

Gas habis so nak p kedai jauh ditambah dengan jalan jam di KL nie!. So kita telefon jer Gas Petronas dan diaorang akan hantar dalam masa 1 jam. Malam ni makan kt kedai laa jawabnya....hee..hee....

Selasa, 22 Mei 2012

Lenovo ThinkPad Tablet

Lenovo ThinkPad Tablet terbaru Lenovo dikuasakan oleh NVIDIA® Tegra™ 2 Dual-Core 1GHz processor dan dioperasikan Android™ 3.1. ia juga menggunakan Tablet pen bagi membolehkan anda melukis,membuat nota ringkas dan banyak lagi.
Anda boleh melayari internet dengan sambungan wifi atau 3G dengan teknologi Qualcomm's Gobi™ 3000 mobile broadband chipset kelajuan internet anda akan bertambah dan stabil dengan kelajuan 14.4Mbps.

Harga: Lenovo ThinkPad Tablet - RM2199 (32GB) dan RM2499 (64GB)

Keistimewaan:

#Document To Go,Print Share,MyScript Note Mobile,Flex T9, McAfee Mobile Security,Lenovo Social touch, Corning Gorilla Glass, Port HDMI.

SPECIFICATIONS
NVIDIA® Tegra™ 2 Dual-Core 1GHz processor
Android™ 3.1 installed; over-the-air upgrade to Andoid 4.0 available in May 2012
10.1” WXGA (1280x800) 16:10 IPS panel with Corning® Gorilla® Glass
Multitouch display with digitizer input (pen optional)
Starting at 1.65 lbs; up to 8 hours battery life (with WiFi enabled)
Up to 64GB storage
Bluetooth®, WiFi and 3G connectivity
Native USB 2.0 and micro-USB ports, full-size SD card slot and mini-HDMI output
Front and rear-facing 720p HD webcams (2M front, 5M back)

SAMSUNG ESPRESSO 10 & ESPRESSO 7

Bagi menyaingi tablet keluaran Samsung yang dikenali sebagai Galaxy Tab, Bob Freaking memperkenalkan saingan bagi dua tablet tersebut iaitu Samsung Espresso 10 & Espresso 7. Dari segi reka bentuknya, kedua-dua model ini kelihatan hamper sama dengan Galaxy Tab 7.0 Plus dan Galaxy Tab 10.1 malah spesifikasi juga tidak banyak berbeza tetapi perbezaan ketaranya adalah ia menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan di optimakan lagi dengan pemproses Exynos 5 A15 berkelajuan Quad Core 1.5Ghz.

Dengan kapasiti memori dalaman 64GB serta sokongan kamera hadapan beresolusi 8 Megapixel ia turut membolehkan pangilan video sama seperti Galaxy Tab beresolusi 3 Megapixel dengan sambungan Wifi, 3G dan juga 4G dengan harga yang berlainan. Nantikan perlancarannya yang dijangka pada jun 12.

iPhone 4S : Spesifikasi, harga

iPhone 4S kini sudah dipasaran di seluruh Malaysia melalui autorized dealer dan syarikat telko seluruh negara.

Terdapat dua warna iaitu hitam dan putih dan tiga storage capacity iaitu 16,32 dan 64GB. Berikut adalah harga pasaran iPhone 4S di Malaysia:

Harga iPhone 4S
16GB - RM 2190
32GB - RM 2590
64GB - RM 2890

Syarikat Telko utama Malaysia, Maxis, Celcom dan Digi menawarkan pelbagai pakej dan plan untuk iPhone 4S.

iPhone 4S
Dual-core A5 processor
1 GB RAM
8 MP Camera
1080p Full HD recording
VGA front camera
3.5” 640X960 retina display IPS
iOS 5 and iCloud

iPhone 4
Single core A4 processor
512 MB RAM
5 MP Camera
720p recording
VGA front camera
3.5” 640X960 retina display IPS
iOS 4 (upgradable to iOS5)


atau anda boleh terus mendapatkannya melalui online di Apple Store.

HTC EVO 4G LTE - Skrin 4.7 inci + kickstand

Hadir dengan skrin sentuh berteknologi Super IPS LCD2 beresolusi 1280x720 pixels, HTC EVO 4G LTE memberikan kualiti imej yang lebih baik, tambahan pula dengan lensa 8 megapixel berserta sokongan rakaman video HD 1080p auto fokus dengan bantuan LED Flash. Dengan ketebalan 8.9mm dan saiz skrin berukuran 4.7 inci dengan kepadatan pixel 312ppi ini dikuasakan dengan CPU Dual Core 1.5 Ghz serta menyokong platform Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)

Isnin, 21 Mei 2012

Kamera Tahan lasak Olympus TG-1

BUKAAN maksimum lensa membolehkan TOUGH TG-1 merakamkan gambar terbaik biarpun pada waktu malam.

OLYMPUS Malaysia sedia mengumumkan pelepasan kamera digital Olympus TG-1 di bawah keluarga Tough dengan pelbagai fungsi termasuk kalis air, tahan jatuh, suhu rendah, GPS berkelajuan tinggi dan teknologi iHS yang merakam pada waktu malam dengan sempurna serta operasi mudah.

Produk yang dijangka dikeluarkan pada Jun nanti menggunakan lensa f2.0 dengan kemudahan merakam kecerahan foto lebih baik selain membolehkan pengguna untuk menikmati kelajuan ‘shutter’ signifikan.
Lensa Olympus terbabit menyimpan kelajuan ISO pada nilai yang lebih rendah mengurangkan ‘noise’ pada kamera dan menawarkan imej cantik.

>Spesifikasi
PRODUK: Olympus TG-1
HARGA: anggaran RM1,199
RESOLUSI: 12MP
SENSOR: BSI-CMOS
PEMPROSESAN: TruePic VI
OPTIK/JARAK FOKAL: 25 - 100 mm, 4×
SAIZ SKRIN: 3 inci
APERTUR MAKSIMUM: F2.0 - F4.9
SHUTTER MAKSIMUM: 1/2000 saat
SAMBUNGAN: USB 2.0, HDMI
DIMENSI: 100 x 65 x 26mm
BERAT: 221g

Pemain muzik Android Samsung - Samsung Galaxy Player 4.2

REKAANNYA ringkas, seakan telefon pintar dengan fungsi skrin sentuh yang dilengkapkan pada peranti bersaiz 4.2 inci itu. Itulah gambaran kehebatan pemain MP3 Samsung Galaxy Player 4.2 yang mempunyai kadar setoran 8GB.

Lebih menarik, ia lengkap dengan game siap pindah turun termasuk Angry Birds, Need for Speed: Hot Pursuit dan FIFA 2012.
Anda boleh memindah turun lagu menggunakan sambungan Wifi yang terus dimasukkan dalam peranti menggunakan sistem operasi Android Gingerbread dengan pemprosesan 1GHz Dual Core.

Samsung boleh berbangga dengan pengeluaran pemain MP3 siri baru ini dengan ciri dipertingkatkan seperti perisian sendiri yang memudahkan pemindahan muzik, video, senarai main dan foto ke peranti anda.

Spesifikasi

PRODUK: Samsung Galaxy Player 4.2
HARGA: tidak diperoleh
OS: Android Gingerbread 2.3
PEMPROSESAN: Cortex A8 1GHz
KAMERA: 2MP
WIFI: (802.11 b/g/n), BT 3.0
MULTIMEDIA: SoundAlive (TM) , SoundEngine, Wireless Media Content Streaming, Samsung Smart View, AllShare
KODEK: DivX, WMV,MPEG4, H.264, MP3, WMA, AAC, Ogg, FLAC
PAPARAN: 4.2 inci WVGA
SLOT KAD: microSD

Ahad, 20 Mei 2012

Acer Iconia Tab A501 Terbaru

Dari segi reka bentuk, A501 lebih tebal dan berat jika dibandingkan dengan rangkaian produk Apple tetapi masih selesa untuk dipegang.
Seperti produk tablet lain di pasaran, keunikan skrin bersaiz 10.1 inci dengan permukaan lebih tebal dan melengkung membezakan jenama Acer serta Apple atau Samsung.

Malah, pada resolusi piksel 1,280 x 800, A501 menyerlahkan keupayaan sistem operasi Android yang memiliki peminatnya tersendiri.
Bahagian belakangnya beralaskan permukaan aluminium berwarna kelabu dan dilengkapi kamera 5 megapiksel berserta flash LED.

Pada bahagian bawahnya pula terletak sepasang pembesar suara stereo dengan kemampuan menyokong fail audio atau video yang ditonton.

Selain itu, kamera kedua dengan keupayaan dua megapiksel ditempatkan pada bahagian depan dan amat sesuai untuk persidangan video.

Langkah menempatkan beberapa butang serta port sambungan di bahagian tepi pula menepati keselesaan pengguna tanpa menjejaskan penggunaannya.

Bagaimanapun, kawalan sistem audio yang dihasilkan lebih ke dalam jika dibandingkan dengan produk lain seumpamanya di pasaran.

Di bahagian tepi kiri pula ditempatkan butang menghidupkan sistem itu, jek fon kepala dan slot Micro-HDMI.

Manakala pada bahagian tepi kanannya dilengkapi dengan penyesuai sumber kuasa, sistem sync Micro-USB serta port sambungan USB yang boleh disambungkan kepada papan kekunci atau storan memori luaran.

Kesimpulannya, reka bentuk A501 berjaya diperkemaskan berbanding siri sebelumnya, A500 yang dianggap terlalu tebal untuk kategori tablet.

Selain itu, ciri utama perkakasan A501 hampir menyamai A500 dan yang membezakannya adalah prosesor teras kembar Nvidia Tegra 2, RAM 1GB, sambungan rangkaian WiFi 802.11, 4G dan Sistem Kedudukan Global (GPS)

Untuk siri A501, ia dibangunkan dengan kapasiti 16GB dan 32GB.

Pretasi A501 pula adalah sesuatu yang wajar dipuji kerana pelayaran aplikasi khususnya ciri zoom serta membuka muka surat baru lebih lancar dan cepat.

Apabila dibandingkan imej pegun dan video yang diambil, kualiti fail yang dilayar semula lebih anggun dan jelas berbanding sebelumnya.

Kesimpulan Acer Iconia Tab A501 yang dilengkapi ciri 4G adalah ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding tablet Honeycomb 4G.

Reka bentuk tersendiri A501 mampu menarik minat pengguna Android sekira iPad bukan pilihan anda.

Spesifikasi
Sistem Operasi Android™
Prosessor dan Set cip NVIDIA (pengeluar); Tegra 2 (jenis); 250 (model); 1 GHz (kelajuan); Teras kembar (prosesor); 1 MB (cache)
Memori - 1 GB
Storan - 16 GB (flash)
Paparan dan Grafik - 25.7 sm (10.1")
Rangkaian - Teknologi 3G
Bateri 2 sel Polimer Litium
Dimensi 260 x 177 x 13.3 milimeter
Berat 777 gram

Jumaat, 18 Mei 2012

Edisi Khas - Naza Italia lancar Ferrari 458 Spider

Dengar jer nama Ferrari pasti semua orang terpegun termasuklah aku. Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia), pengedar rasmi kenderaan Ferrari tempatan, hari ini melancarkan model sports terbaru, Ferrari 458 Spider.

Seumur hidup pasti tak mampu nak membeli kereta sports Ferrari 458 Spider sebab harganya RM1.9 juta dan RM2.2 juta, bergantung kepada spesifikasi yang dikehendaki pelanggan. Yang benar-benar Jutawan sahaja mampu membelinya.

Bagi orang macam aku hanya mampu memandang dan berkata "fuyooo...Ferrari bro". Jom tengok gambar Ferrari 458 Spider yang baru dilancarkan di Malaysia ini. Aku buat post ini sebab selain dari gadget or barangan elektronik ni, kereta laa yang paling aku minat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...