Ahad, 27 November 2011

Telefon Pintar Motorola RAZR

Motorola ialah syarikat telekomunikasi yang bertanggung jawab menghasilkan telefon selular komersial pertama dunia iaitu DynaTAC 8000X. Dari sebuah peranti yang hanya mampu membuat panggilan telefon pada tahun 1983, telefon selular kini sudah berevolusi menjadi peranti perlbagai fungsi yang memenuhi keperluan harian. Semalam pihak Motorola mempertontonkan Motorola RAZR, peranti Andorid 2.3.5 pertama mereka kepada umum. Motorola RAZR ialah kesinambungan kepada keluarga RAZR yang sudah terjual sebanyak 120 juta unit sejak pengenalannya pada tahun 2003. Jadi apakah spesifikasi Motorola RAZR terkini ini?

Dari segi spesifikasi ini menempatkan RAZR diatas Samsung Galaxy S2 dari segi resolusi skrin , kepadatan pixel skrin dan kapasiti bateri. Didalam ketegori yang lain RAZR adalah sama dengan SGS2. Diatas kertas RAZR ialah telefon Android paling berkuasa yang boleh anda miliki sekarang. Sungguhpun begitu posisi RAZR akan ditumbangkan oleh Galaxy Nexus apabila ia menemui pasaran beberapa minggu akan datang. Motorla RAZR unik dari telefon pintar yang lain didalam dua perkara. Pertama ianya telefon pintar ternipis dipasaran dengan ketebalan 7.1 mm. Keduanya ia menggunakan bahan Kevlar sebagai bahan binaan pelapik belakang. Disamping itu melalui perisian MotoCast, anda boleh mengakses fail yang disimpan didalam komputer peribadi anda dimana sahaja anda berada. Kami difahamkan Motocast mempunyai sokongan Windows dan Mac. Tiada sokongan untuk pengguna Linux buat masa ini.

Skrin Amold Advance yang diugunakan ialah skrin 4.3″ yang mempunyai kepadatan pixel per inci (ppi) tertinggi dikalangan telefon pintar Android dipasaran sekarang. Ianya berkepadatan 246 ppi berbanding 217 pada skrin Super Amoled Plus SGS2. Perisian Motocast memberikan anda kemampuan mengakses fail dari komputer diamana sahaja anda berada. Bagi pengguna yang kerap bekerja diluar dan mahukan akses kepada fail yang disimpan dipejabat Motocast ialah sebuah perisian yang anda mahukan. Motoroal meggunakan tagline “storan diawanan tanpa had” bagi menerangkan idea disebalik Motocast. Bateri 1780 mAh yang digunakan juga dapat memastikan telefon pintar ini mampu bertahan lebih lama dari saingannya dipasaran.Teknologi kalis air yang digunakan pada Motorola Defy juga digunakan pada RAZR. Anda tidak perlu risau jika peranti RAZR ini disimbah air (asalkan tidak tenggelam sepenuhnya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...