Rabu, 30 November 2011

Produk Baru: Bold dan Curve baru

RESEARCH In Motion (RIM) mengumumkan kesediaan dua BlackBerry Bold 9790 dan Curve 9380 di pasaran Malaysia Disember nanti.

BlackBerry Bold 9790 adalah telefon pintar baru berkuasa penuh yang diketengahkan dan dibina dengan kemasan premium dilengkapi resolusi skrin tinggi dan paparan yang responsif melalui gabungan skrin sentuh dengan papan kekunci.

Peranti yang selesa dipegang selain lengkap ‘trackpad’ optik datang dalam reka bentuk kecil yang berkuasa selaju 1GHz meningkatkan prestasi terbaik untuk melayari web, aplikasi, bekerja dengan dokumen dan menikmati fungsi multimedia.

BlackBerry Curve 9380 pula model Curve pertama dengan skrin sesentuh penuh sesuai bagi kegunaan laman sosial yang membezakannya daripada keluarga BlackBerry Curve lain.

Ia memiliki ciri cemerlang dengan paparan 3.2 inci beresolusi tinggi dan dilengkapi dengan penanda aplikasi rangkaian sosial, termasuk pengalaman Blackberry Messenger (BBM), Facebook, Twitter dan aplikasi suapan lain yang menawarkan pengalaman menyeronokkan, mudah serta lancar.

Telefon pintar yang padat dan bergaya ini juga dilengkapi dengan kamera 5MP dengan flash dan rakaman video, membolehkan pengguna mudah merakam dan berkongsi pengalaman kegemaran mereka dengan keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja.

SPESIFIKASI BOLD 9790:

PRODUK: BlackBerry Bold 9790
HARGA: anggaran RM1,488
TEKNOLOGI: GSM, UMTS
DATA: HSDPA 7.2 Mbit/s, UMTS, HSUPA 5.76 Mbit/s, EDGE
OS: BlackBerry OS (7)
SAIZ SKRIN: 2.45 inci, 640 x 480 piksel
MASA BERBUAL: anggaran 5.2 jam
PEMPROSESAN: 1000 MHz, Marvel Tavor MG1
RAM: 768 MB
SETORAN: 8GB
KAMERA: 5MP
PELAYAR INTERNET: HTML, XHTML, WAP 2.0
SAMBUNGAN: bluetooth, WiFi, USB
EMEL: MAP, POP3, SMTP, Blackberry Connect, emel tolakan
DIMENSI: 110 x 60 x 11.4mm
BERAT: 107g

SPESIFIKASI CURVE 9380:

PRODUK: BlackBerry Curve 9380
HARGA: anggaran RM1,166
TEKNOLOGI: GSM, UMTS
DATA: HSPA (tidak spesifik), UMTS, EDGE, GPRS
OS: BlackBerry OS (7)
SAIZ SKRIN: 3.2 inci, 360 x 480 piksel
MASA BERBUAL: anggaran 5.5 jam
PEMPROSESAN: Core tunggal, 806 MHz
RAM: 512 MB
SETORAN: 512MB
KAMERA: 5MP
PELAYAR INTERNET: HTML
SAMBUNGAN: bluetooth, WiFi, USB
EMEL: MAP, POP3, SMTP, Blackberry Connect, emel tolakan
DIMENSI: 1109 x 60 x 11.2mm
BERAT: 98g

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...