Selasa, 29 November 2011

Samsung Galaxy Nexus dengan Kuasa Ice Cream Sandwich (Android 4.0)

Pada bulan lepas, Google dan juga Samsung, bersama-sama telah pun melancarkan Samsung Galaxy Nexus yang menggunakan Android 4.0 – Ice Cream Sandwich, dimana melaluinya, ia membawakan perubahan drastik dari segi rekabentuk dan antaramuka peranti tersebut sendiri, selain pada masa yang sama turut membawakan prestasi dan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengan peranti pertama Android 4.0 itu.
Saiz dan Rekabentuk
Di atas kertas, Galaxy Nexus membawakan skrin Super AMOLED HD bersaiz 4.65-inci, yang mana sedikit melengkung untuk memudahkan proses penggunaannya menggunakan sebelah tangan. Warna yang dipaparkan juga lebih terang lagi, selain saiznya yang tidak begitu besar dan sedikit nipis, membolehkannya dipegang dan dikendalikan dengan mudah.
Jikalau dilihat secara kasar, Galaxy Nexus serba sebanyak menyerupai rekabentuk peranti Nexus sebelum ini daripada Samsung, iaitu Nexus S. Walaubagaimanapun, berbeza dengan sebelum ini, melalui penggunaan Android 4.0, ia tidak membawakan butang fizikal dibahagian bawah skrin seperti mana peranti dan telefon pintar Android sebelum ini, sebaliknya ia menggunakan butang atas skrin, sepertimana pada tablet Android Honeycomb.
Prestasi

Dengan cip pemprosesan 1.2Ghz dan juga Android 4.0 yang dioptimasikan untuk Galaxy Nexus, ia sememangnya tidak menghadapi sebarang masalah untuk digunakan. Peranti Galaxy Nexus ini beroperasi dengan pantas, tanpa sebarang masalah, dan boleh mengendalikan sehingga 16 tab laman web berbeza pada sesuatu masa.
Sekuriti

Seperti semua sedia maklum, Galaxy Nexus didatangkan dengan kamera hadapan 1.3-megapixel, yang mana juga turut sama boleh digunakan dalam menggunakan fungsi sekuriti terbina pada Android Ice Cream Sandwich, iaitu Face Unlock selain membuat panggilan video dan merakamkan gambar.

Kamera

Selain kamera hadapan, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera belakang 5-megapixel bersama-sama dengannya dengan kualiti rakaman yang amat tinggi, serta hasilnya yang amat mengagumkan, berbeza dengan kamera peranti mudah-alih yang lain dengan spesifikasi serupa.
memandangkan Android 4.0 membawakan sokongan merakamkan gambar dengan lebih pantas lagi, tanpa sebarang waktu menunggu, ia menjadikan penggunaan kamera lebih menarik dan membolehkan anda merakamkan segala gambar tanpa terlepas sebarang perkara yang indah.

NFC
Bersama-sama dengan Galaxy Nexus, ia turut sama membawakan sokongan NFC padanya memudahkan para pengguna untuk menghantar dan menerima fail, senarai hubungan dan sebagainya dengan mudah.

Spesifikasi

Secara ringkasnya, Galaxy Nexus membawakan skrin bersaiz 4.65-inci dengan Super AMOLED HD yang membawakan paparan yang amat terang, berbeza dengan peranti-peranti sedia ada di pasaran pada hari ini. Ia turut didatangkan dalam pilihan rangkaian LTE, bergantung kepada pasaran.

Galaxy Nexus turut sama menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz padanya. Dan memandangkan Galaxy Nexus merupakan peranti utama untuk Android 4.0, ia sekaligus memperlihatkan yang mana Google akan menyokong peranti dengan cip pemprosesan serendah 1.2GHz pada lebih 2 kemaskini utama selepas Ice Cream Sandwich.

Selain itu, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera 5-megapixel dengan masa lag-sifar, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan storan terbina pilihan dengan antara 16GB atau 32GB.
Sistem Operasi

Galaxy Nexus menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang mana masih lagi belum dikeluarkan oleh Google, yang mana membawakan pelbagai perkara baru dan fungsi baru bersama-sama dengannya.

GALAXY Nexus Product Specifications

Network
HSPA+ 21Mbps/HSUPA 5.76Mbps 850/900/1900/1700/2100
EDGE/GPRS 850/900/1800/1900
*LTE version will be available depending on the region.

Processor
1.2 GHz Dual Core Processor

Display
4.65” 1280X720 HD Super AMOLED

OS
Android 4.0, Ice Cream Sandwich

Camera
Main(Rear) : 5 MP AF with LED Flash with zero shutter lag and fast shot2shot
Sub (Front) : 1.3MP for Video Call

Video
Codec : MPEG4/H.263/H.264
Playback : 1080p@ 30fps
Recording : 1080p Full HD Video@ 30fps

Audio
Codec : MP3/AAC/AAC+/eAAC+

3.5mm Ear Jack
Google™Mobile Services

Android Market™, Gmail™, Google Earth™, YouTube™, Movie Studio
Google Maps™ 5.0 with 3D maps and turn-by-turn navigation
Syncing with Google Calendar™, Google+ app

Connectivity
Bluetooth® technology v 3.0
USB 2.0
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (2.4GHz/ 5GHz)
NFC

Sensor
Accelerometer, Compass, Gyro, Light, Proximity, Barometer

Memory
1GB(RAM) + 16GB/ 32GB Internal memory

Size
135.5 x 67.94 x 8.94mm, 135g

Battery
Standard battery, Li-on 1,750 mAh

ciri-ciri:

* Battery: 1850mAh
* OS: Ice Cream Sandwich (Android 4.0)
* CPU: 1.2 GHZ dual core processor
* Notification: 3 color LED
* Mics: 2 Mics
* Buttonless
* NFC
* Accelerometer
* Gyro
* Compass
* Proximity/Light
* Barometer

untuk maklumat yang lebih tepat anda boleh ke web GALAXY NEXUS ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...