Isnin, 28 November 2011

NOKIA LUMIA 800 - N9 Versi Mango?!

NOKIA LUMIA 800
N9 Versi Mango?!
Nama kod: Nokia Sea Ray
Smartphone terbaru Nokia yang dikenali sebagai Lumia 800,telah menawarkan reka bentuk sepertimana Nokia N9 tetapi terdpat perbezaan ketara padanya. Platform Windows Phone 7.5 Mango yang sekian lama hangat dibicarakan akhirnya secara rasmi telah diperkenalkan pada Nokia Lumia 800 yang dikuasakan bersama pemproses berkelajuan 1.4Ghz(1GHz pada N9) dengan memori dalaman sebesar 16G,512MB Ram. Selain itu,skrin sentuh berukuran 3.7 inci dengan resolusi 480x800 pixels berteknologi AMOLED pastinya mampu memberi kualiti paparan yang baik. Nokia juga tidak ketinggalan menyediakan fungsi multimedia seperti lensa kamera 8 Megapixel dengan bantuan auto fokus dan dual LED flash ,rakaman Video HD dalam format 720p,kapasiti bateri Li-on 1450mAh,sambungan HSPA dan juga Wi-fi 802.11 b/g/n.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...