Rabu, 30 November 2011

Gosip IT: Sharp bakal perkenal iTV tahun depan?

SHARP bukan saja digosipkan untuk menyediakan panel paparan Retina untuk iPad 3 nanti, tapi dikatakan menyediakan skrin TV definisi tinggi (HDTV) yang bakal keluar tahun depan iaitu iTV.
Terdapat penganalisis mencadangkan, tekanan dan perancangan awal terhadap iTV akan menyaksikan pengeluarannya seawal pertengahan tahun depan.

Menjadikan pembekal panel terbabit sebagai rakan kongsi adalah percubaan Apple untuk mengalihkan penggantungannya daripada Samsung.

Fungsi sebenar iTV masih belum jelas walaupun Apple dipercayai akan memanfaatkan sistem suara Siri sebagai pembantu digital peribadi untuk menggantikan alat kawalan jauh tradisional.

Ia juga dijangka akan disepadukan dengan aspek yang berasaskan multimedia seperti iOS 5.0 dan iCloud bersama keupayaan untuk membeli dan menyewa kandungan terus dari TV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...