Selasa, 17 April 2012

HP Envy 14 Spectre

HP melancarkan Envy Spectre 14 yang menggunakan skrin 14 inci pada kerangka bersaiz 13 inci selain penggunaan kaca khas bagi keseluruhan rekaan dan bukannya pada skrinnya semata-mata.

Tebal laptop ini kurang dua sentimeter dan beratnya pun tidak melebihi dua kilogram selain dikuasakan sistem audio Beats Audio.
Spectre juga dinobatkan sebagai notebook pertama menampilkan HP Touch To Share yang menggunakan teknologi NFC membolehkan pengguna berkongsi data antara telefon pintar NFC dan peranti terbabit.
Laptop kali ini dikuasakan Intel Core dengan kadar setoran menjangkau 256GB menggunakan pemacu mSata SSD. Peranti HP itu juga dimuatkan teknologi eksklusif seperti HP CoolSense yang melaraskan tetapan prestasi kipas penyejukan dalaman secara automatik di samping ImagePad yang menyediakan pelbagai sentuhan untuk navigasi pad.
Ia juga menghapuskan keperluan penggunaan ‘dongle’ luar apabila dilengkapi pelbagai input termaju dan pilihan termasuk Gigabit Ethernet, USB 3.0, HDMI dan DisplayPort Mini.

>Spesifikasi

PRODUK: HP Envy 14 Spectre
HARGA: Bermula RM3,999
OS: Genuine Windows 7 Home Premium
AUDIO: Beats Audio
PEMPROSESAN: Intel Core i5/i7
MEMORI: 4GB/8GB DDR3
SAIZ: 13.3 inci
DIMENSI: 12.88 x 8.7 x 0.79 inci

Jumaat, 13 April 2012

Telefon canggih, bateri tahan lama - Motorola Atrix 2

JOM berkenalan dengan telefon pintar terbaru keluaran Motorola Mobility (Motorola) yang di anggap antara gajet terbaik dan mempunyai pelbagai ciri menarik berbanding telefon pintar lain di pasaran iaitu Atrix 2.
Ia didatangkan dengan pemprosesan 1GHz dua core tapi pada masa sama menawarkan anda dua saluran RAM dalam kuasa pemprosesan yang menjadikan produk ini antara yang tercanggih dan terbaik.
Model sama menawarkan pemprosesan grafik tiga dimensi (3D) yang melakukan kerja grafik dua kali lebih baik berbanding telefon pintar dengan core tunggal.

Ketahanan bateri telefon ini yang berkapasiti 1785 mAh juga mengagumkan apabila ia tidak menghalang kerja seperti kemaskini laman sosial, melayari Internet, membuka e-mel, bermain game malah sekurang-kurangnya dua helaian pada aplikasi Word dapat disiapkan.

Sekurang-kurangnya, bateri Atrix 2 mampu bertahan satu hari suntuk.

Kalau diikutkan, produk yang dikeluarkan Motorola sebelum ini seperti Droid RAZR memberikan kepercayaan kepada kita yang menunjukkan Motorola suka berfikir di ‘luar kotak’ dan tidak terkecuali reka bentuk Atrix 2 segar dan mengejutkan.
Atrix 2 diserikan dengan lengkungan yang licin dan elegan dari sudut mata kasar malah bahagian bucu di keempat dilengkapkan dengan bahan ringan cantik yang sedap mata memandang.

Model Atrix 2 mempunyai rekaan lebih luas hasil kesan paparan 4.3 incinya berbanding Atrix 4G yang hanya 4.0 inci tapi pada masa sama ia selesa ketika berada di tapak tangan untuk kategori telefon 4.0 inci ke atas.

Saiznya, 4.96 x 2.59 x 0.40 inci atau 126 x 66 x 10 mm, menyerlahkan bentuk fizikal Atrix 2 yang sedikit tinggi dan lebih luas daripada model pertama yang berukuran 4.64 x 2.50 x 0.43 inci (117.75 x 63.5 x 10.95 mm.
Seperti yang anda mungkin perhatikan nanti, ia juga kelihatan nipis meskipun tahap 10mm masih besar berbanding kebanyakan telefon 4.0 inci di pasaran.

Menariknya, versi baru ini mudah untuk digenggam serta tidak licin hasil rekaan sisi yang melengkung dan penutup bateri bertekstur lembut. Menggunakan skrin mengenai Atrix 2 yang mengagumkan apabila Motorola pandai mengambil kesempatan daripada teknologi paparan qHD dengan resolusi 960 x 540 piksel sehingga menawarkan ketajaman imej mantap.

Selain itu, model baru ini seakan mampu mengalahkan produk lain di pasaran bagi segmen kamera telefon apabila ia cekap menggunakan pengesan 8.0 megapiksel dengan video definisi tinggi (HD) 1080p.
Antaramuka pengguna (UI) tetapan kamera juga lain dari yang lain tapi cukup mudah untuk digunakan.
Selepas anda membuka aplikasi kamera, beberapa tetapan mampu dilakukan termasuk mod senario, fokus makro, mod panorama, tetapan kecerahan dan ‘geotag’ yang memudahkan pelancaran kamera serta proses merakam foto.

INFO:

PRODUK: Motorola Atrix 2
PENGELUAR: Motorola Mobility Inc
PERTANYAAN: Motorola
LAMAN WEB: www.motorola.com
HARGA: RM1,399

TV unik bersaiz 70 inci Sharp Aquos Quattron LC70LE735X


KALAU anda inginkan kelainan televisyen di rumah, pastikan anda mendapatkan TV Sharp Aquos Quattron LC70LE735X dengan saiz sehingga 70 inci yang mempunyai teknologi LED serta empat warna di setiap piksel.

Berbeza dengan TV LCD biasa yang mempunyai dua warna saja, warna digunakan Sharp termasuk merah, biru, hijau dan kuning.
Di samping itu, ia menempatkan pelbagai slot aksesori termasuk HDTV tuner, empat port HDMI, tiga port USB, VGA, Ethernet dan sambungan Video Composite.

TV ini juga boleh memainkan semua jenis fail anda dengan mudah bagi tontonan foto, filem atau audio.

>Spesifikasi

PRODUK: Sharp Aquos Quattron LC70LE735X
HARGA: Tidak dipastikan
LCD: 70 inci
WARNA: RGBY
RESOLUSI PANEL: HD penuh 1920 x 1080
NISBAH RATIO: 16:9
AUDIO: 10W + 10W
TERMINAL: HDMI x 4, Component x 1, AV-In x 2, PC In x 1 (D-sub 15pin), Optical Digital Audio-Out x 1, RS-232C x 1, Headphone out x 1, USB x 3, LAN (RJ-45) x 1
DIMENSI: 1613 x1008 x 333mm
BERAT: 42.5 kg



FEATURES:

Quad pixel plus (1920 x 4 x 1080)
100Hz Fine Motion Advanced
Internet Video Streaming YouTube lean back
UV2A technolog, the X-Gen Panel
DLNA client & Wireless LAN ready
DivX+HD movie USB play back enable
10bit signal processing for smooth picture
1080/24P signal input for the film frames just like the theaters
Instaport for quick switching between HDMI ports
SRS TruSurround HD and Bass Enhancer for various scene
Advanced OPC for auto adjusting by the lighting condition
Eco picture control for auto adjusting by picture source brightness
X-Gen Panel UV2A
Screen Size 177 cm (70 inches)
1080/24P Yes
Resolution 1,920 x 4 x 1,080
Contrast ratio Mega contrast
Digital comb filter 3D Y/C
TV Receiving Systems PAL-B/G, -D/K, -I, NTSC-M, SECAM-B/G, -D/K, -K/K1
Video Colour Systems PAL, SECAM, NTSC 3.58, NTSC 4.43, PAL 60
Digital Amplifier (Audio) Yes
Surround System SRS TruSurround HD
Bass Enhancer Yes
Amplifier Digital
Stereo System NICAM/A2, BTSC
Picture and Text Yes
AQUOS LINK Yes
USB video player/ Photo Viewer/ Music Player Yes
Teletext Yes
Home network (DLNA) Yes (compatible for windows 7 only)
Active Backlight Yes
OPC (Optical Picture Control) Yes
Main power switch ( approx. 0.01W or less) Yes
Eco Picture Control Yes
Energy save (Eco mode) Yes
Low-power stand-by Yes
No-signal off/ No-operation off Yes
Headphone (3.5-mm mini socket)/Digital audio out 1(Shred Analogue Audio Out)/1
PC analogue input/ HDMI input/ RS-232C/ LAN 1/4/1/1
Power Consumption (Display) Appx (W) 240
Standby mode (W) 0.3
Power supply 110-240 V 50/60Hz
Dimensions (W x H x D) mm Display (w stand) 1613 x 1008 x 333
Dimensions (W x H x D) mm Display (w/o stand) 1613 x 975 x 89
Weight Panel (W/O Stand) - Appx (kg) 40 kg
Weight Panel kg (W stand) - Appx (kg) 42.5 kg
OSD Language English/Simplified Chinese/Arabic/Persian/Indonesian/French

Tablet ultra nipis Toshiba REGZA AT200

TOSHIBA yang popular dalam industri perkomputeran menampilkan tablet ultra nipis dan ringan iaitu REGZA Tablet AT200 yang hanya setebal 7.7 milimeter dan seberat 553 gram.

Walaupun nipis, ia masih mampu menampilkan kuasa terunggul dengan pemprosesan 1GHz Dual Core namun masih beroperasi pada Google Android 3.2 yang dipaparkan ke skrin 10.1 inci dengan resolusi skrin tinggi.
Lebih menarik, REGZA AT200 boleh disambungkan ke skrin yang lebih besar menggunakan sambungan microHDMI yang siap dibina.

Selain itu, ia turut menampilkan pembesar suara stereo yang menggunakan teknologi dihasilkan sendiri dalam makmal Toshiba dan SRS Labs untuk pengalaman tidak ternilai harganya.

>Spesifikasi

PRODUK: Toshiba REGZA AT200
HARGA: tidak diperoleh
PEMPROSESAN: 1GHz
SAMBUNGAN: micro-HDMI; micro-USB 2.0; microSD, 802.11n, Bluetooth
SKRIN RESOLUSI: 1,280 x 800
SAIZ: 10.1 inci
MEMORI: HDD
RAM: 1024 MB
CAKERA KERAS: 16 GB
OS: Android
DIMENSI: 256 x 176 x 7.7 mm
BERAT: 0.535 kg

DiGi WWWOW kembali

BAGI tahun kedua berturut-turut, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menganjurkan anugerah popular DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012 bagi meraikan bakat media sosial, kandungan digital dan e-dagang.
Pertandingan tahun ini akan berlangsung dari 24 Mac hingga 27 Mei dan menampilkan beberapa kategori dan penaja baru serta hadiah yang lebih lumayan.
Anugerah tahun ini berjaya meraih sokongan tujuh penaja baru iaitu AirAsia X, Samsung Malaysia Electronics, Chartis Insurance, DiGi Simple MasterCard, InMobi, Innity dan Malaysiakini.

Tema baru iaitu Ilhami, hadiah dan kategori baru juga diumumkan ketika majlis pelancaran rasmi DiGi WWWOW Internet For All Awards yang dihadiri Ketua Bahagian Khidmat Pemasaran DiGi, Sulin Lau.

Sejumlah 16 kategori anugerah telah diumumkan untuk DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012:

1. Top Blogger Bawah 15 Tahun ASTRO
2. Top Makan-Makan Nuffnang 2012
3. Top Gosip Nuffnang 2012
4. Otai Gajet Lowyat.net 2012
5. Anugerah Kedai Online Says.my 2012
6. Tokoh Blogger Nuffnang 2012
7. Anugerah Internet Untuk Kebaikan Google 2012
8. Video Paling Lawak Innity 2012
9. Filem Pendek Terbaek InMobi 2012
10. Tokoh Wartawan Foto Malaysiakini 2012
11. Bintang Video Terlampau MSN 2012
12. Perjumpaan Media Sosial Terbaek Yahoo! 2012
13. Usahawan Internet Harapan Mudah.my 2012
14. App Paling Popular Samsung 2012
15. Anugerah DiGi WWWOW Pilihan Ramai 2012 (berdasarkan undian popular)
16. Anugerah Tokoh DiGi WWWOW 2012 (The Best of The Best)
“Tahun lalu, lebih 230,000 undian dilakukan untuk hampir 6,000 laman web, blog, bisnes, video dan personaliti.


“Manakala untuk tahun ini, dengan pengenalan kategori-kategori baru seperti Filem Pendek, App of the Year dan Tokoh Usahawan serta hadiah yang cukup lumayan yang ditawarkan, kami berharap DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012 mampu benar-benar menjadi menjadi kayu ukur kreativiti,” kata Lau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...