RAMAI menunggu Apple melancarkan tablet iPad versi kompak yang memudahkan pengguna memasukkannya dalam beg kecil malah poket seluar sekalipun pasti lega dengan pengumuman baru di seluruh Malaysia baru-baru ini.
Akhirnya, iPad Mini berjaya direalisasikan dan dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dengan mensasarkan pengguna yang mahukan reka bentuk lebih kompak berbeza dengan tablet sedia ada.
Ia ditawarkan pada tiga memori berbeza iaitu 16GB, 32GB dan 64GB bersama resolusi skrin 1,024 x 768 piksel yang menyamai iPad 2 tetapi pada saiz 7.9 inci, teks yang dibaca lebih jelas walaupun fonnya kecil.
Bagaimanapun, ia bukan paparan Retina tapi lebih baik berbanding iPad 2 dari segi pecahan piksel pada skrin manakala tontonan video lebih baik dan skrin IPS bagus untuk sudut lebar yang berkuasa bateri bertahan hingga 10 jam.
SPESIFIKASI:
PRODUK: iPad Mini
HARGA: RM999, RM1,299, RM1,599 (WiFi saja)
HARGA: RM1,399, RM1,699, RM1,999 (WiFi+selular)
SETORAN: 16GB, 32GB dan 64GB
OS: iOS6
PEMPROSESAN: A5 Dual Core
SAIZ: 7.9 inci
RESOLUSI: 1,024 x 768 piksel
WARNA: hitam dan putih
SAMBUNGAN: 802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz / 5GHz), bluetooth
KAMERA: 5MP
DIMENSI: 200 x 134.7 x 7.2mm
BERAT: 308g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan