Nokia memperkenalkan sebuah lagi model Lumia iaitu Lumia 510 yang dioperasikan oleh Windows Phone 7.5 Mango. Jika dilihat pada spesifikasinya ternyata Nokia Lumia 510 tidak jauh berbeza dari Nokia Lumia 610, perbezaan yang dapat dilihat pada model ini seperti skrin lebih besar berukuran 4 inci dengan resolusi 480x800 pixels dan juga memori dalaman berkapasiti 4GB, 512MB RAM, menyokong CPU 800Mhz, lensa kamera 5 Megapixel dengan auto fokus serta LED Flash dan bateri Li-lon berkapasiti 1300mAh. Nokia Lumia 510 dijangka dipasaran pada suku keempat 2012.
Nokia Lumia 510 sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia smartphone, kekurangannya adalah kapasiti bateri yang rendah yang menghadkan penggunaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan