Rabu, 5 Disember 2012

3 model baru SmartPhones HTC

HTC Corp (www.htc.com), menampilkan tiga telefon pintar baru, Windows Phone 8X dan 8S by HTC yang beroperasi di atas platform sistem operasi Windows 8 dan HTC One X+ yang masih mengekalkan Android sebagai platform.

Memiliki reka bentuk ikonik yang menawan serta sistem bunyi berkualiti studio, kedua-dua telefon Windows itu dijangka memasuki pasaran pada November dan Disember depan manakala HTC One X+ dijangka tiba pada pertengahan November.
Buat pertama kalinya, HTC 8X dan 8S dilengkapi kamera depan 2.1 megapiksel (MP), dedahan sudut ultra lebar sehingga 88 darjah dan aperture f/2.0. Ia juga menyokong rakaman video standard 1080p. Kamera belakang beresolusi 8MP menggunakan lensa 28mm dan pemproses khusus HTC ImageChip.

HTC One X+ pula dikuasai cip pemproses NVIDIA Tegra 3 AP37 1.7GHz quad-core, 27 peratus lebih laju berbanding generasi sebelumnya untuk menjadikannya telefon Android terbaik di dalam kelasnya di pasaran.

Spesifikasi HTC One X+:

HARGA: RM2,099
PLATFORM: Android with HTC Sense
CIP PEMPROSES: NVIDIA Tegra 3, 1.7GHz, quad-core
SKRIN: 4.7 inci - super LCD 2 peka sentuhan (Gorilla Glass 2)
JENIS KAD SIM: MicroSIM
KAMERA: 8MP dengan lampu

Spesifikasi Windows Phone 8X:

HARGA: RM1,799
PLATFORM: Windows 8
CIP PEMPROSES: Qualcomm S4 1.5GHz, dual-core
SKRIN: 4.3 inci - peka sentuhan (Gorilla Glass)
JENIS KAD SIM: MicroSIM
KAMERA: 8MP
PENYAMBUNGAN: jek audio stereo 3.5mm, NFC, Bluetooth 3.1, WiFi
DIMENSI: 132.35 x 66.2 x 10.12mm
BERAT: 130gm

Spesifikasi Windows Phone 8S

HARGA: RM999
PLATFORM: Windows 8
CIP PEMPROSES: Qualcomm S4 1GHz, dual-core
SKRIN: 4 inci - super LCD peka sentuhan (Gorilla Glass)
JENIS KAD SIM: MicroSIM
KAMERA: 5MP
PENYAMBUNGAN: Jek audio stereo 3.5mm, Bluetooth 3.1, WiFi
DIMENSI: 120.5 x 63 x 10.28mm
BERAT: 113gm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...