Rabu, 25 Januari 2012

U Mobile lancar prabayar baru

SYARIKAT telekomunikasi, U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) memperkenalkan jenama prabayar baru yang menawarkan manfaat menarik termasuk 20 khidmat pesanan ringkas (SMS) percuma bagi setiap enam SMS yang dihantar.

Selain itu, U Mobile turut menawarkan pakej Panggilan Suara Percuma yang dilancarkan pada Julai tahun lalu dan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Dr Kaizad Heerjee berkata, tawaran baru sebagai lanjutan kempen yang berjaya dianjurkan tahun lalu.

“Kini, di samping membuat panggilan percuma, pelanggan kami mampu menikmati penghantaran SMS percuma.

“Dalam usaha menarik minat pengguna di negara ini, kami akan terus menyediakan pelbagai pelan baru yang menarik serta nilai tambah kepada pelanggan kami,”
katanya.

Pengguna prabayar U Mobile baru boleh menikmati SMS percuma di samping panggilan percuma untuk penggunaan nombor U Mobile ke nombor U Mobile lain.

Untuk mendapatkan 20 SMS percuma, pengguna hanya perlu menghantar enam SMS kepada kawan dan keluarga mereka.

Pelanggan prabayar U Mobile juga boleh menikmati kadar panggilan dalam negara ketika berada di Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...