Selasa, 24 Januari 2012

ASUS Transformer Prime - Transformer robot kecil

CIRI biasa yang menguasai pasaran tablet tentunya rekaan berbentuk empat segi dan lengkap berskrin sesentuh penuh di permukaannya.
Berbeza pula dengan produk ASUS Transformer Prime yang mula diperkenalkan hari ini apabila reka bentuknya nipis dengan kelengkapan papan kekunci unik dicantumkan sekali pada tablet terbabit.

Betul, tarikan utama apabila anda membeli Prime ini ialah papan kekuncinya namun begitu peranti terbabit sememangnya sudah cantik dan menarik walaupun tanpa mempunyai papan kekunci fizikal sebaliknya kekal menggunakan butang maya di skrin sesentuh itu sendiri.
Bukankah ia tujuan utama tablet? Bertindak sebagai peranti yang selesa tanpa butang fizikal banyak seterusnya menjadikannya nipis dan mudah dibawa.

ASUS Transformer Prime sebagai peranti ‘patut beli’ berikutan ciri fizikal terbabit walaupun ia menggunakan Honeycomb sebagai sistem operasi.
Apatah lagi, pengguna boleh mengemaskini versi Ice Cream Sandwich tidak lama lagi sebaik tiba masanya di negara ini.

Memang mengiurkan, peranti ini boleh dianggap model terbaik dalam kategori perkomputeran mudah alih. Apatah lagi, ASUS pandai menyesuaikannya dengan sistem operasi keluaran Google dan bukannya Windows.

Apabila kita mencabut keluar papan kekuncinya, peranti ini masih stabil digunakan terutama bagi tujuan menaip.

Keseimbangan rekaan antara papan kekunci dan skrinnya patut dipuji malah tidak menghadapi masalah melakukan kerja harian seperti menaip dan melayari Internet menggunakan Transformer Prime ini meskipun ciri fizikalnya seakan ‘dua alam’.

Dengan kuasa ketahanan bateri yang mengagumkan. Bayangkan penggunaan untuk ‘stream’ perlawanan bola sepak selama 90 minit, kemas kini laman sosial seperti facebook dan twitter serta banyak lagi mampu dilakukan sehingga 18 jam!

Menggunakan cip Nvidia Tegra 3 menjadikan Honeycomb beroperasi dengan lancar.

Biasanya, terdapat produk lain yang mempamerkan kualiti rendah bagi sentuhan skrinnya tapi bukannya pada Transformer Prime.

Ia juga boleh memainkan semula fail video namun biasalah, apabila Android agak ‘cerewet’ dalam membaca format tertentu.

Antaramuka grafik Honeycomb terbina dalam Prime ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan antaramuka Honeycomb yang biasa kita lihat pada tablet lain.

ASUS menambah beberapa ‘widget’ mereka sendiri dalam antaramukanya selain satu foto hiasan sudah ditetapkan secara automatik bagi ‘home screen’ yang menunjukkan tahap penggunaan bateri.

Peranti terbabit lengkap dengan RAM 1GB untuk operasi pelbagai tugas yang lancar di samping pilihan setoran 16GB atau 32GB malah terdapat slot kad microSD di bahagian tepi bagi simpanan tambahan.
Di bahagian tepi, anda bukan saja mendapat slot kad microSD tapi ciri keselamatan seperti kunci, butang reset, port mini-HDMI bagi output video, USB dan fon telinga jek 3.5mm.

INFO

PRODUK: ASUS Transformer Prime
HARGA: RM2,199 (16GB WiFi)
PENGELUAR: ASUS
PERTANYAN: ASUS
TELEFON: +60-3-6279-5077
LAMAN WEB: my.asus.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...