Selasa, 24 Januari 2012

Produk Baru: Tetikus Tahun Naga


Microsoft Corp memperkenalkan tiga tetikus edisi terhad dengan lukisan naga nukilan pelukis Nod Young dan Lin Pan Xu sempena Tahun Baru Cina serta dua warna baru bagi tetikus tanpa wayarnya, Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500 dan Arc Touch.

Masih mengekalkan spesifikasi yang sama, namun kedua-dua edisi khas ini mempunyai lukisan naga pada bahagian badannya.

Dipadankan dengan dua warna lukisan naga pada Wireless Mobile Mouse 3500 iaitu merah dan emas, yang mengikut kepercayaan orang Cina merah itu melambangkan nasib baik dan kegembiraan, manakala emas melambangkan kekayaan dan kebahagiaan.

Sementara hanya satu pilihan tetikus Arc Touch dengan lukisan naga berwarna kelabu pada badan tetikus berwarna hitam.

Pengurus kanan bahagian perkakasan Microsoft, Ben Reed berkata, kedua-dua model dipilih kerana ia antara model paling popular.

“Microsoft juga memperkenalkan dua warna baru tetikus Arc Touch biasa iaitu merah Sangria dan kelabu simen,” katanya.

>Spesifikasi

PRODUK: Tetikus Wireless Mobile Mouse 3500 Edisi Tahun Naga
HARGA: Anggaran RM96
TEKNOLOGI: Blue Track
ISYARAT: Nano Transceiver
BATERI: Tahan 8 bulan
KEGUNAAN: Boleh digunakan dengan tangan kanan atau kiri
DIMENSI: 57.1mm x 95.4mm

>Spesifikasi

PRODUK: Arc Touch Mouse Edisi Tahun Naga
HARGA: Anggaran RM192
TEKNOLOGI: BlueTrack
BATERI: Tahan 6 bulan
ISYARAT: Nano Transceiver
KEGUNAAN: Boleh digunakan dengan tangan kanan atau kiri
DIMENSI: 58mm x 130.6mm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...