Rabu, 25 Januari 2012

Reviu Produk: Stream online guna Belkin

NYAWA kepada sambungan Internet tanpa wayar tentunya terletak kepada peranti yang membolehkan pengguna mencapai gelombang untuk menerima jalur lebar dalam kawasan setempat seperti di rumah atau kafe tertentu.
Apabila bercakap mengenai jalur lebar tanpa wayar, pengguna sering mengaitkannya dengan pemacu USB atau MiFi, namun berapa ramai yang mengetahui ‘router’ adalah nadi utama untuk merealisasikan sambungan berteknologi hebat itu jika digunakan dalam rumah.

Mungkin kebanyakan pengguna akan tertanya-tanya fungsi penggunaan model sebegini dalam kehidupan seharian kerana ada yang kurang arif dalam bidang teknologi.

Ia digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian dan subrangkaian tanpa wayar memandangkan kebanyakan pengguna memiliki lebih daripada satu komputer peribadi (PC) di rumah.

Contohnya, si ayah dan si kakak mempunyai laptop manakala si adik menggunakan PC yang memerlukan sambungan jalur lebar tanpa wayar bagi rangkaian Internet.

Selain itu, jika anda mempunyai TV pintar di rumah, anda boleh menonton atau stream kandungan terus ke TV dan ia dihubungkan melalui produk seperti Belkin ini.

Sesebuah router mempunyai beberapa pelabuh dan paket akan disalurkan ke sistem rangkaian yang ditentukan beroperasi di Lapisan Ketiga iaitu model rujukan Antara penyambungan Sistem Terbuka (OSI).

Jangan panik atau gusar apabila anda membeli produk ini kerana berpendapat pengetahuan teknologi maklumat (IT) anda sangat terhad kerana ia didatangkan dengan konsep ‘plug n play’.

Selain itu, model ini membenarkan anda menghubungkan lebih daripada empat peranti sekali gus pada satu masa atau hanya tambah hab untuk meluaskan sistem rangkaian sebanyak mana yang dikehendaki.

Pengguna juga tidak perlu bimbang jika keselamatan menjadi isu utama memandangkan ciri keselamatan juga dipertingkatkan melalui model ini dengan konfigurasi perlindungan dilakukan dengan hanya menyentuh satu butang iaitu Penetapan Perlindungan WiFi (WPS).

Peranti ini membolehkan perkongsian album foto, filem dan dokumen dengan hanya memilih fail yang ingin dikongsi dan menaip alamat e-mel.

Tidak lengkap kalau peranti seperti ini tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk tujuan hiburan dan penguji mendapati ia memberikan cara pantas dan mudah bagi penyambungan ke pemacu keras luaran ke televisyen atau pusat hiburan di rumah.

Lebih menarik, router ini langsung tidak menggunakan antena luaran kerana ia ditetapkan dalam peranti itu sendiri.

Warna hitam dengan reka bentuk ala kapal angkasa moden ini tentunya menarik yang mampu menghilangkan rasa bosan seperti kebanyakan reka bentuk router lain di pasaran.

INFO

PRODUK: Belkin N750 DB Wireless Dual-Band N+ Router
HARGA: RM399
PENGELUAR: Belkin
PERTANYAN: Belkin
TELEFON: 1 800 812 076
LAMAN WEB: http://www.belkin.com/my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...