Rabu, 18 April 2012

Robot Gundam setinggi 18 meter pusat beli-belah Diver City Tokyo Plaza

Siapa yang tak kenal dengan Robot Gundam dalam siri animasi kartun jepun. Zaman kanak-kanak pasti tak lengkap tanpa Anime-anime jepun ini.
Sebuah model saiz sebenar robot animasi popular Jepun, Gundam dipamerkan kepada orang ramai di hadapan sebuah pusat beli-belah.
Robot Gundam setinggi 18 meter itu menyambut kunjungan orang ramai ke pusat beli-belah Diver City Tokyo Plaza yang mula dibuka pada Khamis lalu.

Gundam merupakan siri animasi popular di Jepun yang diterbitkan pada tahun 1979.

Ia menampilkan robot gergasi yang dinamakan sut mobil kerana dikawal dari dalam oleh seorang jurupandu.
Watak utama dalam siri animasi berkenaan ialah sut mobil yang dikenali sebagai Gundam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...