Selasa, 24 April 2012

Peranti Sistem Kedudukan Global (GPS) Penting bagi Memastikan Anda Tidak Tersesat!

MASALAH sesat untuk tiba ke sesuatu destinasi kerana tidak berapa mahir dengan jalan adalah pembaziran masa dan bahan api kenderaan, malah sering menjadi masalah ramai pengguna jalan raya.

Kini masalah itu bukan saja dapat ditangani dengan berpandukan peta secara manual, malah secara elektronik sama ada menerusi telefon pintar atau peranti sistem kedudukan global (GPS).

Betul! pemandu yang mencari pembantu mencari arah elektronik mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini.

Namun, mungkinkah ada perbezaan antara GPS dengan telefon yang lengkap peta digital?

Peralatan GPS asas boleh dijumpai di pasaran pada harga kurang RM300 dan ia masih menjadi peranti pilihan yang pintar jika anda tidak keberatan membawa lebih gajet ketika berada dalam kenderaan selain telefon, tablet, laptop dan sebagainya.

Pembantu ketika anda berada di atas jalan itu bersedia untuk digunakan selepas ia dikeluarkan dari kotak lengkap dengan ‘mount’ atau pemegang untuk dilekatkan pada cermin depan kereta dan pengecas.

Selain itu, ia mudah digunakan dan boleh dikongsi bersama keluarga atau rakan lain. Telefon pintar pula menjadi pilihan navigasi yang semakin popular terutama di kalangan model yang akan datang dengan alat bantuan siap dibangunkan bersama seperti perisian mengenalpasti keadaan trafik atau aplikasi khusus.

Bagaimanapun, telefon pintar memerlukan pembelian aplikasi navigasi yang boleh dipindah turun atau langganan perkhidmatan.

Beberapa aplikasi langganan navigasi juga siap terpampang di stor aplikasi telefon masing-masing tidak kisah apa jua platform digunakan termasuk garmin, Navigon, TomTom, dan Magellan.

Aplikasi ini kelihatan dan berfungsi seperti unit GPS sendiri pada antaramuka telefon pintar. Antara ciri yang membezakan kedua-dua peranti terbabit termasuk:

1. Skrin dan Antaramuka Pengguna

Telefon pintar seperti iPhone atau pelbagai model berasaskan sistem operasi Android mempunyai ketajaman serta kejelasan paparan dengan skrin sesentuh yang kapasitif.

Semua produk terbabit memang sesuai ketika dipegang dalam tangan. Walau bagaimanapun, huruf kecil dan sistem menu sukar untuk digunakan jika ia tidak berada di tapak tangan.

Contohnya apabila dipasang pada cermin depan atau papan pemuka, ia boleh menjadi sukar untuk dilihat dan dikendalikan terutama ketika memandu.

Terdapat pengeluar GPS yang bertukar program navigasi untuk telefon pintar yang perlu disesuaikan dengan skrin telefon dan butang yang lebih besar tapi kekangan saiz antara 3.7 dan 4.3 inci masih lebih kecil berbanding peranti GPS tipikal khusus untuk navigasi.

Setakat ini, telefon seperti Samsung Galaxy Note saja yang bersaiz melebihi 5.3 inci, namun ia belum mencapai sudut pandangan mantap ketika memandu. Berbeza dengan alat GPS itu sendiri mempunyai skrin sesentuh yang pada keseluruhannya bersaiz besar, biasanya bersaiz 6.0 inci dengan antaramuka keseluruhan 5.3 inci berbanding telefon pintar yang tipikal.

Manakala saiz maksimum mampu mencapai 7.0 inci yang memudahkan jarak penglihatan dari pemandu ke ruang hadapan.

Di samping itu, sistem menu GPS seperti papan kekunci sentuh, huruf dan angka dioptimumkan untuk tontonan jarak jauh dan siap sedia untuk kebolehgunaan ketika memandu.

Paparan GPS mempunyai ruang untuk memasukkan maklumat lebih lanjut mengenai jarak pusingan, nama jalan yang akan ditempuh, maklumat had kelajuan, maklumat masa ketibaan dan banyak lagi.

2. Pemasangan cermin depan dan papan pemuka

Penggunaan navigasi melalui telefon membangkitkan persoalan apabila peranti terbabit kebiasaannya diletakkan di kerusi penumpang atau beberapa kawasan rata yang lain atau pemandu hanya mendengar arahan suara disebabkan mountnya dijual secara berasingan.

Penglihatan kepada antaramuka navigasi lebih baik sekiranya peranti ditempatkan di cermin depan atau papan pemuka menyediakan tontonan optimum dalam kereta.

Mount telefon pintar untuk cermin depan kenderaan lengkap bagi kegunaan pelbagai saiz telefon pintar muat bagi semua mount, namun ia tidak mempunyai pelabuh pengecas atau mana-mana ciri tambahan.

Manakala aksesori seperti pengecas, pembesar suara, cip GPS, mikrofon dan sebagainya memerlukan anda membayar antara RM60 hingga RM500 mount cermin depan telefon pintar yang berbeza.

Ia berbeza dengan peranti GPS yang sudah siap dengan aksesori sendiri tanpa perlu membeli alatan lain bagi menampung penggunaan navigasi tambahan.

Alatan GPS yang sudah tersedia lengkap datang dengan aksesori cermin depan dan kuasa pelabuh pengecas dibina dengan baik, mudah laras dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai permukaan cermin.

3. Kualiti peta dan arahan

Peta telefon pintar dan pangkalan data kawasan khas atau Point of Interest (POI) bermula dengan pindah turun menerusi pembelian aplikasi. Contohnya, aplikasi TomTom untuk iPhone atau aplikasi MotionX GPS Drive.

Apabila anda memindah turun peta, anda akan sentiasa mempunyai versi terkini.
Kekangan yang timbul berlaku apabila peta terbabit tidak dilengkapi kawasan pedalaman daripada pelbagai isyarat menara telekomunikasi.

Jika anda memandu di kawasan luar bandar dengan rangkaian 3G, pilihan yang ada biasanya hanyalah peta tersedia yang mungkin tidak lengkap. Aplikasi telefon pintar pula umumnya meng�gunakan peta yang sama berkualiti tinggi dan pangkalan data yang disediakan oleh gergasi pemetaan seperti TeleNav, TeleAtlas dan NAVTEQ sama seperti terdapat pada peranti GPS.

Hanya Google mempunyai petanya sendiri dengan Google Maps Navigation, tapi semuanya mempunyai pengalaman yang baik dan arahan tepat dari jenama telefon pintar popular.

Namun begitu, aplikasi telefon pintar yang tidak menggunakan tetapan TeleAtlas, NAVTEQ atau TeleNav termasuk Google Maps Navigation dikenali untuk ketepatan yang kurang mantap dan beberapa arahan yang salah.

Kos peta pula jarang dimasukkan bagi peralatan GPS apabila ia ditawarkan secara percuma dan dikemaskini setiap tahun.

4. Rangkaian

Telefon pintar mempunyai kelebihan yang besar apabila ia sentiasa disambungkan kepada rangkaian data dan Internet.

Beberapa aplikasi navigasi GPS telefon pintar mengambil kesempatan penyambungan ini dengan fungsi carian yang canggih, pengesan trafik masa sebenar dan mengelak kesesakan pada masa sama.

Selain itu, ia turut menyambungkan kepada maklumat bersepadu bagi perkhidmatan seperti stesen minyak dan sebagainya menggunakan daya maklumat Internet.

Meskipun telefon lebih lengkap, GPS moden juga sudah sedia dengan tetapan ciri sama yang siap dimuatkan dalam perisian ditawarkan.

Malah, terdapat GPS yang merangkumi rangkaian selular atau sambungan Internet.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah semak spesifikasi dan tumpukan perhatian kepada bayaran yuran bulanan untuk mengekalkan sambungan dalam GPS.

Telefon pintar umumnya mempunyai pelayar web yang baik manakala GPS mempunyai fungsi pelayar minimum atau dalam sesetengah kes, tiada langsung pelayar diberikan.

Aspek ini memberikan telefon pintar markah tambahan dari segi kelebihan dalam penggunaan rangkaian.

5. Kos

GPS yang berkualiti boleh didapati dengan harga antara RM330 hingga RM700 namun mungkin anda akan dicaj dengan bayaran tambahan untuk kemaskini peta tahunan kira-kira RM50 hingga RM150 setahun dan pilihan penyambungan rangkaian telekomunikasi. Telefon pintar pula yang lengkap GPS pula biasanya bermula kira-kira RM999 ditambah pelan Internet tambahan sebulan termasuk yuran perkhidmatan asas.

Manakala harga aplikasi navigasi bebas bermula sekitar RM100, namun ia biasanya tidak mengenakan yuran kemaskini peta.

Memilih penyelesaian navigasi mungkin sukar. Jelas sekali, terdapat pro dan kontra untuk dipertimbangkan.

Faktor utama adalah melihat dulu apa yang anda sudah ada di tangan. Jika sudah mempunyai telefon pintar berskrin besar seperti Samsung Galaxy Note, ia masuk akal untuk meningkatkan penggunaannya dengan aplikasi dan aksesori tambahan.
Jika ia adalah masa untuk menaik taraf telefon, anda mempunyai lebih banyak pilihan, tetapi perlu memikirkan ciri atau tabiat anda yang tidak sedia berkongsi telefon dan GPS. Bagi keluarga yang mempunyai perbelanjaan terhad dan tidak perlukan telefon pintar mahal, maka peralatan tunggal GPS mungkin pilihan tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...