Isnin, 30 April 2012

PlayStation Vita (PS Vita) sokong aplikasi Skype

Aplikasi perbualan video maya, Skype memperluaskan perkhidmatan mereka menerusi jalinan kerjasama dengan peranti permainan video mudah alih, PlayStation Vita (PS Vita) bagi tujuan perbualan menerusi video internet atau membuat panggilan secara percuma.
Kepada pemilik PS Vita di Amerika Syarikat (AS), perkhidmatan Skype boleh dimuat turun menerusi laman web, PlayStation Store, untuk Eropah dan Asia ia boleh dimuat turun, mulai esok.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk kemudahan membuat panggilan dan perbualan video secara percuma menerusi PS Vita.
Skype mula dikenali di kalangan pelayar Internet dengan pengenalan perkhidmatan panggilan telefon menerusi Internet dan perbualan video pada sistem komputer peribadi dan telefon pintar pada kadar lebih rendah berbanding panggilan telefon tradisional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...