Khamis, 5 April 2012

Kejutan Samsung - Samsung Galaxy Tab 2

SAMSUNG tampil mengejutkan wartawan ketika Forum Samsung SEA 2012 yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini apabila melancarkan Galaxy Tab 2 terbaru dengan kekuatan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich.
Ia sekali gus menawarkan dua saiz iaitu 7.0 dan 10.1 inci yang mana mempunyai pemprosesan 1GHz Dual Core, paparan WSVGA (600 x 1024p) untuk model 7.0 inci serta WXVGA (1280 x 800p) bagi model 10.1 inci.
Kedua-duanya lengkap dengan kamera belakang tiga megapiksel serta kamera hadapan VGA.
Di samping itu, Samsung juga menyertakan ciri aplikasi S Suggest, perkhidmatan komunikasi mudah alih ChatON, sistem pengenalan terbuka, kandungan tanpa wayar bersama AllShare Play dan akses kepada lebih 400,000 aplikasi menerusi pasaran android Google.

Versi 7.0 inci mempunyai tahap kenipisan 10.5 milimeter (mm) manakala saiz 10.1 inci tampil lebih nipis iaitu hanya 9.7mm, masing-masing memiliki berat 345 gram (g) serta 588g.

Model 10.1 inci pula dikatakan tablet pertama yang membolehkan pengguna membuat panggilan terus iaitu ciri yang tidak dilengkapkan pada model terdahulu.

>Spesifikasi

PRODUK: Samsung Galaxy Tab 2
HARGA: anggaran RM1,499 dan RM1,899
SAIZ: 7 dan 10.1 inci
PEMPROSESAN: 1GHz Dual Core
SKRIN: WSVGA 600 x 1024p (7.0 inci), WXVGA 1280 x 800p (10.1 inci)
OS: Android 4.0 Ice Cream Sandwich
KAMERA: 3MP
VIDEO: 3GP, ASF, AVI, MP4, WMV, FLV, MKV, WebM
AUDIO: MP3, AAC, AC-3, AMR, FLAC, MID, WMA, WAV, OGG
SAMBUNGAN: bluetooth 3.0 , USB 2.0, WiFi 802.11 b/g/n
SLOT KAD: microSD
RAM: 1GB
SETORAN: 8/16/32GB (7.0 inci), 16/32GB (10.1 inci)
BATERI: 4000mAh (7.0 inci), 7000mAh (10.1 inci)
DIMENSI: 193.7 x 122.4 x 10.5mm (7.0 inci), 256.6 x 175.3 x 9.7mm (10.1 inci)
BERAT: 10.5mm (7.0 inci), 9.7mm (10.1 inci)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...