Khamis, 8 November 2012

ASUS ROG TYTAN CG8480 Desktop game kuasa tinggi

ASUS mengumumkan desktop game terkini, ROG TYTAN CG8480 yang lengkap dengan sistem operasi Windows 8 dengan kekuatan pemprosesan Intel Core i7 3770K bersama fungsi Turbo Gear yang membenarkan ‘overclocking’ CPU 4-Core untuk mendapatkan kuasa kelajuan maksimum 4.2GHz.
Desktop yang siap dipasang dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 680 2GB GDDR5 itu mampu menyokong empat monitor sekali gus memungkinkan kepuasan permainan maksimum kepada kaki game.

Sementara itu, memori 128GB SATA3 SSD mempamerkan kekuatan kelajuan berbanding HDD manakala kualiti audio pula dipasang pada sistem ASUS Xonar DX yang 35 kali lebih baik berbanding kodek audio biasa.
CPU 4-Core yang hebat tidak memerlukan pengguna untuk ‘reboot’ pemprosesan CG8480 menukar tiga mod berbeza sementara indikator DEFCON dan sistem cahaya warna biru dan merah menunjukkan kesediaan operasi.

SPESIFIKASI:

PRODUK: ASUS ROG TYTAN CG8480
HARGA: tidak diperoleh
OS: Windows 8
CPU: Intel Core i7 3770K generasi ke-3
SET CIP: Intel Z77
GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX 680 2GB GDDR5
MEMORI: 4G hingga 16GB Dual Channel DDR3
SETORAN: 128GB SATA3

SAMBUNGAN: RJ45 LAN, 8 channel Audio I/O, PS/2, S/PDIF, HDMI, DVI-D, VGA, USB 3.0, USB 2.0

DIMENSI: 600 x 330 x 574mm
BERAT: 18kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...