Rabu, 30 November 2011

Reviu Produk: ASUS EeePad Slider

DUA ciri biasa yang menguasai pasaran tablet tentunya rekaan berbentuk empat segi dan lengkap berskrin sesentuh penuh di permukaannya.

Berbeza pula dengan produk ASUS EeePad Slider diperkenalkan awal tahun yang baru tiba apabila reka bentuknya sedikit melengkung di bahagian tepi dengan kelengkapan papan kekunci unik dicantumkan sekali pada tablet terbabit.

Betul, tarikan utama apabila anda membeli Slider ini ialah papan kekuncinya cuma penguji beranggapan tablet sepatutnya tidak mempunyai papan kekunci fizikal sebaliknya kekal menggunakan butang maya di skrin sesentuh itu sendiri.

Bukankah ia tujuan utama tablet? Bertindak sebagai peranti yang selesa tanpa butang fizikal banyak seterusnya menjadikannya nipis dan mudah dibawa.

Apabila kita menarik keluar papan kekuncinya, peranti ini masih stabil walaupun skrin sudah diangkat sehingga 45 darjah.

Kuasa ketahanan bateri yang mengagumkan. Bayangkan penggunaan untuk ‘stream’ perlawanan bola sepak selama 90 minit, kemaskini laman sosial seperti Facebook dan Twitter serta banyak lagi mampu dilakukan sehingga 18 jam!

Menggunakan cip Nvidia Tegra 2 menjadikan Honeycomb beroperasi dengan lancar. anda tidak akan pernah merasai pengalaman menjengkelkan meleretkan jari dari satu antaramuka ke antaramuka lain ketika mengendalikan aplikasi.

Ia juga boleh memainkan semula fail video namun biasalah, apabila Android agak ‘cerewet’ dalam membaca format tertentu.

Antaramuka grafik Honeycomb terbina dalam Slider ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan antaramuka Honeycomb yang biasa kita lihat pada tablet lain.
ASUS menambah beberapa ‘widget’ mereka sendiri dalam antaramukanya selain satu foto hiasan sudah ditetapkan secara automatik bagi ‘home screen’ yang menunjukkan tahap penggunan bateri.

Jika bercakap mengenai saiznya, tiada yang berbeza dari tablet lain di pasaran dengan rekaan 10.1 inci cuma ketebalannya mungkin tidak dapat dielakkan berikutan papan kekunci yang dihubungkan bersama (17.3mm). Ia dua kali ganda saiz iPad 2.

Beratnya kira-kira 960 gram yang menyeksakan untuk dibawa jika anda berjalan ke sana ke mari untuk tempoh lama (kurang sesuai untuk dipegang saja).
ASUS EeePad Slider lengkap dengan RAM 1GB untuk operasi pelbagai tugas yang lancar di samping pilihan setoran 16GB atau 32GB malah terdapat slot kad microSD di bahagian tepi bagi simpanan tambahan Di bahagian tepi, anda bukan saja mendapat slot kad microSD tapi ciri keselamatan seperti kunci, butang reset, port mini-HDMI bagi output video, USB dan fon telinga jek 3.5mm.

Harga: RM1,699 untuk 16GB Versi WiFi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...