Rabu, 1 Ogos 2012

ASUS PadFone Canggih dengan Teknologi Hibrid

Dua dalam satu, konsepnya mudah apabila anda memerlukan tablet dan telefon dalam satu-satu masa maka di sinilah hadirnya PadFone yang mengagumkan.

Ia merupakan telefon pintar juga sebuah tablet dalam masa yang sama mampu menjadi sebuah komputer riba.

Ia merupakan gabungan antara telefon pintar ASUS iaitu PadFone dan juga PadFone Station yang mana mampu memberikan pengalaman melayari dunia maya dengan cara yang baru.

PadFone merupakan sebuah telefon pintar yang digabungkan dengan PadFone Station yang menjadikannya sebuah tablet.

Untuk menjadikannya sebagai sebuah komputer riba, tambahkan sahaja pad papan kekunci yang boleh didapati secara berasingan.

Ia juga dilengkapi bersama pemproses Qualcomm MSM 8260A Snapdragon S4 Krait dual-core 1.5 Ghz dan berfungsi menggunakan platform Google's Android 4.0 Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya.

PadFone turut menawarkan ruangan simpanan eMMC Flash (memori) daripada 16GB, 32GB, dan 64 GB bersama 1GB LPDDR2 RAM.

Sementara itu, kelebihan 8 megapiksel kamera binaan dalam bersama pemproses imej Fuji dan 1080p rakaman video menjadikan PadFone sentiasa bersedia untuk merakamkan saat indah anda.

Untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas dan terang, ASUS menyediakan skrin paparan Super AMOLED, qHD seluas 4.3 inci bagi memudahkan pengguna PadFone.

Malah, panel skrin paparan tersebut juga dibina daripada kaca tahan calar Corning Gorilla bersama HCLR Film untuk mengelakkan kesan cap jari.

Untuk kegunaan yang pelbagai PadFone boleh disatukan bersama PadFone Station menjadikannya sebuah tablet.

Manakala keseluruhan PadFone yang digabungkan bersama PadFone Station apabila digabungkan bersama papan kekunci akan menukarkannya menjadi sebuah komputer riba.

Kini tiga jenis gajet boleh disatukan untuk satu kegunaan dan satu tujuan.

Set PadFone ini juga turut dilengkapi bersama aksesori tambahan sebagai pelengkap antaranya adalah Stylus Headset yang berbentuk seperti sebuah pen.

Biarpun begitu, Stylus Headset merupakan aksesori pelbagai guna seperti pen untuk menulis di atas skrin PadFone dan juga menjawab panggilan sama seperti fungsi sebuah headset biasa.

Dua peranti satu pelan data, bagaimana? Apabila PadFone diletakkan pada PadFone Station, secara automatiknya jaringan 3G untuk PadFone di kongsi bersama.

Justeru itu, pemilik kedua-dua peranti tersebut tidak memerlukan pelan data yang berbeza sekali gus dapat menjimatkan kos.

Dalam pada itu, transformasi siri produk ASUS kini semakin diberi perhatian dan telah memilik tanda aras yang tersendiri iaitu lebih nipis dan tablet Android yang lebih berkuasa.

Apa yang pasti, PadFone pastinya memberikan satu wajah baru bagi penggemar telefon pintar dan tablet, untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ASUS di http://my.asus.com/Mobile/PadFone.

Android 4.1 Jelly Bean

Android 4.1, Jelly Bean: The world's most popular platform gets even better
Android 4.1, Jelly Bean, is the fastest and smoothest version of Android yet. Jelly Bean improves on the simplicity and beauty of Android 4.0, and introduces a new Google search experience on Android.

Meizu MX - Telefon pintar spesifikasi tinggi

Meizu, syarikat elektronik berasal dari China dijangka melancarkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi. Telefon ini adalah peningkatan daripada Meizu MX.
Meizu MX versi terbaru dikatakan disokong prosesor ‘quad core’ buatan Samsung, RAM 2GB, memori dalaman 64GB dan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich. Spesifikasi lain nampaknya masih sama dengan Meizu MX yang pertama kali dikeluarkan. Keluasan skrinnya juga sama, kira-kira empat inci.
Meizu MX versi terbaru ini bakal dipasarkan bulan depan. Kali pertama dilancarkan untuk versi Meizu MX yang lalu, ia mendapat sambutan luar biasa.

Malah di China, pelanggan terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan telefon pintar ini.

INFO: Meizu MX

− Saiz: 121.3 x 63.3 x 10.3 mm
− Berat: 139 gram

− Memori: 16 GB memori dalaman dan 1GB RAM

− Kamera: 8 Megapiksel, autofocus, LED flash

− OS: Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)

− Data: GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth, USB

Canon EOS M Revolusi Terbaru

Canon mula memasarkan kamera lensa tunggal pertamanya menggunakan teknologi tanpa pantulan itu Oktober ini dengan sasaran jualan 1,500 unit sebulan. Model EOS M akan mewujudkan revolusi baru bagi peneraju pengimejan digital global itu yang mana ia menawarkan fleksibiliti pertukaran pelbagai lensa dengan saiz kameranya yang kompak dan dengan berat 262 gram.
Canon EOS M

4 Pilihan warna untuk Canon EOS M

Pilihan Lensa Canon EOS M

EOS M adalah siri terbaru kamera Sistem Optik Elektro (EOS) Canon, yang sehingga kini model paling hampir kualitinya dengan DSLR berbanding model EOS sebelum ini.

Model ini dibawakan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, merah, putih dan perak.

INFO: EOS M


− Dimensi: 108.6 milimeter lebar x 66.5 mm tinggi x 32.33 mm nipis

− Berat: 262 g

− Penderia Imej: 18.1 megapiksel dengan penderia APSC CMOS

− LCD: 3 inci teknologi skrin sesentuh

Apple lancar iPhone 5

Apple Inc sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan produk baru pada acara utama September 2012, Syarikat teknologi paling bernilai di dunia itu akan memperkenalkan telefon pintar terbaru pada September ini.

Peranti keluaran kelima itu dijangka lebih nipis, mempunyai skrin yang lebih besar dan penyambung dok yang lebih kecil, kata sumber dan penganalisa pasaran.

Ramai peminat Apple di Malaysia yang menantikan perlancaran gadjet terbaru ini...sama-sama kita tunggu perlancaran iPhone 5 serta iPad Mini ini nanti. Dalam Hati "Nak beli Produk SAMSUNG ke? Apple Inc?"Pening-pening....

Sumber: Blog teknologi, iMore.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...