Jumaat, 13 April 2012

Sony Xperia S dengan teknologi Mobile BRAVIA Engine

Ia dibangunkan Sony Mobile Communications, anak syarikat Sony Corp yang dulunya dikenali sebagai Sony Ericsson.

Model Sony 4.3 inci ini dikhabarkan peranti Android Sony paling cun di dunia yang direka khas dengan kemampuan rakaman video HD mengagumkan.

Didatangkan dengan kesediaan 16 aplikasi sudah terbina di skrin utama anda, ia menyepadukan teknologi imej dan paparan terbaik dalam kelasnya daripada Sony, termasuk Paparan Realiti dengan enjin mudah alih BRAVIA dan rakaman video HD (1080p).

Belum cukup dengan ciri mewah, telefon yang mempunyai rekaan skrin sentuh tampil dengan kemudahan membaca e-mel pada bila-bila masa dan berupaya membuka kebanyakan dokumen terus ke peranti.

Kalau dilihat dari aspek reka bentuk, ia adalah telefon pertama yang menggunakan rekaan NXT dari Sony.

Skrin sebesar 4.3 inci yang kelihatan besar mempunyai jumlah piksel 720 x 1280 yang lebih tinggi daripada iPhone 4 membuktikan kesediaan Sony dalam menempuh cabaran pengeluaran telefon pintar!

Xperia S mempunyai rekaan kerangka yang lengkung di bahagian belakang bertujuan memudahkan pengguna membawanya di mana saja malah ‘sedap’ dipegang dalam tangan.
Jika diteliti, Xperia S memang penuh dengan pilihan perkomputeran mudah alih apabila ia lengkap dengan sambungan GSM/HSDPA untuk kegunaan anda semasa anda merantau, port HDMI ketika diperlukan dan banyak lagi.

Malah, sambungan menggunakan microUSB ke komputer dan fungsi Bluetooth ketika memindahkan fail dari setorannya beroperasi dengan lancar yang memberi kelegaan kepada penguji.

Terdapat rekaan plastik lutsinar di bahagian bawah telefon ini yang bukan saja mencantikkan telefon tapi berfungsi sebagai pengesan LED untuk telefon anda.

Bermakna, jika anda menerima panggilan atau mesej, ia akan menyala serta-merta yang memberikannya markah tambahan sebagai telefon pintar.

Sudah pasti, ia datang dengan sistem operasi Android versi Gingerbread dan boleh ditingkatkan kepada Ice Cream Sandwich 4.0.

Selain itu, penggunaan Xperia S cukup memuaskan yang mana aplikasi diuji beroperasi dengan laju manakala skrin dengan teknologi Mobile BRAVIA Engine terang dan jelas.

Pelayaran web? Sudah tentu ia dapat dilakukan dengan pantas, terima kasih kepada pemprosesan 1.5 GHz Dual Core yang hebat.

Xperia S adalah satu-satunya telefon pintar dengan pengalaman paparan berdefinisi tinggi (HD) penuh, turut dilengkapi kamera 12 megapiksel yang boleh terus aktif dalam tempoh kurang 1.5 saat dari mod ‘standby’.

Kualiti imej yang terhasil melalui S memang tidak boleh disangkal antara yang terbaik!

Secara keseluruhannya, Sony Xperia S adalah peranti hebat dengan purata ketahanan bateri sehingga sehari suntuk jika penggunaan biasa dilakukan walaupun ia memiliki pelbagai ciri.

INFO

PRODUK: Sony Xperia S
PENGELUAR: Sony Mobile Communications
PERTANYAAN: Sony
LAMAN WEB: www.sonymobile.com
HARGA: RM1,899


Happy faces, remarkable places. Shoot them in full HD Video and see them shine back from the razor-sharp clarity of the HD Reality Display powered by the Mobile Bravia Engine.

- 4.3” HD Reality Display with Mobile BRAVIA® Engine
- 1.5GHz dual core processor
- Snap photos in just over 1 second from sleep mode
- Easy connectivity via HDMI cable or wirelessly with DLNA
- 32GB internal memory
- Powered by Android™ 2.3 (upgradable to Android™ 4.0)

Google Malaysia perkenal tiga penambahan baru kepada Google Maps


KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa.

Penambahan itu adalah dua lapisan baru, Trafik dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia.

Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia, berkata dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna.

"Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar.

"Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka," katanya di sini, hari ini.

Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.

Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan pengangkutan awam.
Sajith berkata, data bagi Trafik dan Transit diperolehi daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia data swasta.
Sementara itu, Google Maps kini tersedia dalam Bahasa Malaysia (BM).

Versi Bahasa Malaysia Google Maps yang lama ditunggu-tunggu itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengemudi dan berantara muka dengan Google Maps, menggunakan bahasa yang mereka paling selesa.

"Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menempatkan produk dan perkhidmatan," kata Sajith. - BERNAMA

Perang 7 pesaing I Pad


KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini.

Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini.

Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:

ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1
TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.

TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.

LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.

ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.

LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.

SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.

Khamis, 5 April 2012

Sharp SE-2

SHARP bukan saja popular dengan produk TV, syarikat Jepun itu dikatakan amat serius membawa telefon pintarnya yang menggunakan sistem operasi Android 2.3 menerusi SE-02.
Ia dilengkapi kemudahan untuk melayari Internet yang memudahkan pengguna berhubung di laman sosial, hiburan digital serta kemudahan navigasi berasaskan bantuan A-GPS yang disediakan dalam peranti bersaiz 2.8 inci terbabit.
Digital TV Viewing
SHARP SE-02 juga membolehkan penggunanya menonton siaran TV secara Live/langsung dan merakamnya walau dimana pengguna berada. Ia juga mempunyai FM Radio jika pengguna ingin mendengar Radio, SE-02 juga mengguna speaker stereo bagi memberikan kepuasan maksimum ketika menonton TV atau Movie dengan bunyi yang lebih realistik.

2.8" WQVGA LCD with Full Touch Interface
SE-02 menggunakan teknologi LCD berkualiti tinggi untuk mewujudkan paparan yang terang dan jelas. Perkara terbaik mengenai skrin ini? Ia adalah sentuhan responsif, jadi mengakses semua fungsi kegemaran anda adalah lebih mudah berbanding sebelum ini.

>Spesifikasi
PRODUK: Sharp SE-2
HARGA: Tidak dipastikan

RANGKAIAN: GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900
MASA BERBUAL: 5 jam 30 minit
PAPARAN: 2.8 inci
MEMORI: kad microSDHC
WIFI: IEEE 107 x 52 x 12mm
BERAT: 88.5g

Lain-lain Spesifikasi:

Design Form factor
Color Black, Red
Display Size/Resolution 2.8-inch 240 x 400 pixels (WQVGA)
Colors 262,000 colors (TFT)
Camera Device 3.0 megapixel CMOS camera (fixed focus)
Image Size (Pixels) Photos Wallpaper, WQVGA, VGA, 1MP, 2MP, 3MP
Video 176 x 144 (QCIF)
320 x 240 (QVGA)
640x480 (VGA)
720x480 (D1)
Speakers Stereo & dual
Antenna Embedded type (GSM, Bluetooth® v2.1)
TV Tuner ISDB-T 1-seg digital TV tuner
Internal Memory 128 MB NAND Flash (up to 80 MB available to user), 64 MB SDRAM
External Memory microSD™ memory card (up to 8GB)
Bluetooth® Bluetooth® v2.1 (without EDR)
Supported profiles: GAP, SDAP, DUN, SPP, HSP, HFP, OPP, FTP, A2DP, AVRCP, BPP
Wi-Fi No
USB Support Micro USB connector (slave 2.0 FS)
WAP Yes
E-mail Yes
Phone Messaging MMS / SMS
Phone Book 1000 names
Speaker Phone Yes
Music Player Yes
AGPS No
G-sensor Yes
Multi-Language Support English, Spanish, Portuguese
Battery Life*1 Talk time: Approx. 5 hours 30 minutes
Standby time: 315 hours (13 days)
Continuous TV watching time: Approx. 6 hours 30 minutes
Dimensions 107 x 52 x 12 mm
Weight 88.5 g
Frequency Bands GSM /GPRS / EDGE (850/900/1800/1900)
Kit Contents (including collateral) Li-Ion battery, AC adaptor, USB cable, Stereo headset, Stylus, User manual, microSD™ memory card(1GB)

Kejutan Samsung - Samsung Galaxy Tab 2

SAMSUNG tampil mengejutkan wartawan ketika Forum Samsung SEA 2012 yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini apabila melancarkan Galaxy Tab 2 terbaru dengan kekuatan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich.
Ia sekali gus menawarkan dua saiz iaitu 7.0 dan 10.1 inci yang mana mempunyai pemprosesan 1GHz Dual Core, paparan WSVGA (600 x 1024p) untuk model 7.0 inci serta WXVGA (1280 x 800p) bagi model 10.1 inci.
Kedua-duanya lengkap dengan kamera belakang tiga megapiksel serta kamera hadapan VGA.
Di samping itu, Samsung juga menyertakan ciri aplikasi S Suggest, perkhidmatan komunikasi mudah alih ChatON, sistem pengenalan terbuka, kandungan tanpa wayar bersama AllShare Play dan akses kepada lebih 400,000 aplikasi menerusi pasaran android Google.

Versi 7.0 inci mempunyai tahap kenipisan 10.5 milimeter (mm) manakala saiz 10.1 inci tampil lebih nipis iaitu hanya 9.7mm, masing-masing memiliki berat 345 gram (g) serta 588g.

Model 10.1 inci pula dikatakan tablet pertama yang membolehkan pengguna membuat panggilan terus iaitu ciri yang tidak dilengkapkan pada model terdahulu.

>Spesifikasi

PRODUK: Samsung Galaxy Tab 2
HARGA: anggaran RM1,499 dan RM1,899
SAIZ: 7 dan 10.1 inci
PEMPROSESAN: 1GHz Dual Core
SKRIN: WSVGA 600 x 1024p (7.0 inci), WXVGA 1280 x 800p (10.1 inci)
OS: Android 4.0 Ice Cream Sandwich
KAMERA: 3MP
VIDEO: 3GP, ASF, AVI, MP4, WMV, FLV, MKV, WebM
AUDIO: MP3, AAC, AC-3, AMR, FLAC, MID, WMA, WAV, OGG
SAMBUNGAN: bluetooth 3.0 , USB 2.0, WiFi 802.11 b/g/n
SLOT KAD: microSD
RAM: 1GB
SETORAN: 8/16/32GB (7.0 inci), 16/32GB (10.1 inci)
BATERI: 4000mAh (7.0 inci), 7000mAh (10.1 inci)
DIMENSI: 193.7 x 122.4 x 10.5mm (7.0 inci), 256.6 x 175.3 x 9.7mm (10.1 inci)
BERAT: 10.5mm (7.0 inci), 9.7mm (10.1 inci)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...