Selasa, 24 Januari 2012

ASUS Transformer Prime - Transformer robot kecil

CIRI biasa yang menguasai pasaran tablet tentunya rekaan berbentuk empat segi dan lengkap berskrin sesentuh penuh di permukaannya.
Berbeza pula dengan produk ASUS Transformer Prime yang mula diperkenalkan hari ini apabila reka bentuknya nipis dengan kelengkapan papan kekunci unik dicantumkan sekali pada tablet terbabit.

Betul, tarikan utama apabila anda membeli Prime ini ialah papan kekuncinya namun begitu peranti terbabit sememangnya sudah cantik dan menarik walaupun tanpa mempunyai papan kekunci fizikal sebaliknya kekal menggunakan butang maya di skrin sesentuh itu sendiri.
Bukankah ia tujuan utama tablet? Bertindak sebagai peranti yang selesa tanpa butang fizikal banyak seterusnya menjadikannya nipis dan mudah dibawa.

ASUS Transformer Prime sebagai peranti ‘patut beli’ berikutan ciri fizikal terbabit walaupun ia menggunakan Honeycomb sebagai sistem operasi.
Apatah lagi, pengguna boleh mengemaskini versi Ice Cream Sandwich tidak lama lagi sebaik tiba masanya di negara ini.

Memang mengiurkan, peranti ini boleh dianggap model terbaik dalam kategori perkomputeran mudah alih. Apatah lagi, ASUS pandai menyesuaikannya dengan sistem operasi keluaran Google dan bukannya Windows.

Apabila kita mencabut keluar papan kekuncinya, peranti ini masih stabil digunakan terutama bagi tujuan menaip.

Keseimbangan rekaan antara papan kekunci dan skrinnya patut dipuji malah tidak menghadapi masalah melakukan kerja harian seperti menaip dan melayari Internet menggunakan Transformer Prime ini meskipun ciri fizikalnya seakan ‘dua alam’.

Dengan kuasa ketahanan bateri yang mengagumkan. Bayangkan penggunaan untuk ‘stream’ perlawanan bola sepak selama 90 minit, kemas kini laman sosial seperti facebook dan twitter serta banyak lagi mampu dilakukan sehingga 18 jam!

Menggunakan cip Nvidia Tegra 3 menjadikan Honeycomb beroperasi dengan lancar.

Biasanya, terdapat produk lain yang mempamerkan kualiti rendah bagi sentuhan skrinnya tapi bukannya pada Transformer Prime.

Ia juga boleh memainkan semula fail video namun biasalah, apabila Android agak ‘cerewet’ dalam membaca format tertentu.

Antaramuka grafik Honeycomb terbina dalam Prime ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan antaramuka Honeycomb yang biasa kita lihat pada tablet lain.

ASUS menambah beberapa ‘widget’ mereka sendiri dalam antaramukanya selain satu foto hiasan sudah ditetapkan secara automatik bagi ‘home screen’ yang menunjukkan tahap penggunaan bateri.

Peranti terbabit lengkap dengan RAM 1GB untuk operasi pelbagai tugas yang lancar di samping pilihan setoran 16GB atau 32GB malah terdapat slot kad microSD di bahagian tepi bagi simpanan tambahan.
Di bahagian tepi, anda bukan saja mendapat slot kad microSD tapi ciri keselamatan seperti kunci, butang reset, port mini-HDMI bagi output video, USB dan fon telinga jek 3.5mm.

INFO

PRODUK: ASUS Transformer Prime
HARGA: RM2,199 (16GB WiFi)
PENGELUAR: ASUS
PERTANYAN: ASUS
TELEFON: +60-3-6279-5077
LAMAN WEB: my.asus.com

SONY Xperia S pertama dari siri NXT

SONY Ericsson menampilkan Xperia S, telefon pintar pertama dari siri Xperia NXT berasaskan Android untuk menyediakan pengalaman paparan yang mengagumkan daripada skrin beresolusi tinggi dan kamera 12 megapiksel yang berupaya merakam gambar sepantas 1.5 saat dari mod ‘stanby’.
Pengguna juga dimudahkan dengan sistem perkongsian pintar dan penyambungan berbilang skrin untuk disesuaikan dengan situasi sama ada terus ke TV, telefon pintar, komputer laptop atau komputer tablet.
Antaramuka penggunanya direkabentuk semula untuk dipadankan dengan rekaan minimalistik telefon baru ini. Skrin ‘home’nya diperkemas dengan latar belakang berwarna-warni untuk membolehkan penggunaan sepenuhnya ciri paparan HD Reality Display dan kuasa pemprosesan dwiteras.

>Spesifikasi

PRODUK: Sony Ericsson - Xperia S
HARGA: Tidak diperoleh
PEMPROSES: 1.5GHz Qualcomm MSM8260 dwiteras
OS: Google Android(TM) 2.3 (Gingerbread), boleh ditingkatupaya ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
RANGKAIAN: UMTS HSPA 850, 900, 1900, 2100, GSM GPRS/EDGE 850, 900, 1800, 1900 MHz
RAM: 32GB
KAMERA: 12MP
SKRIN: 4.3 inci Reality Display dengan Mobile BRAVIA(R) Engine, resolusi HD (1280 x 720)
PENYAMBUNGAN: NFC, aGPS, Bluetooth, DLNA, GLONASS, HDMI, MicroUSB, WiFi
DIMENSI: 128 x 64 x 10.6mm
BERAT: 144gm

Dell Ultrabook XPS 13

DELL memperkenalkan Ultrabook XPS 13, komputer laptop nipis paling kompak yang dilengkapi skrin hampir tanpa kerangka, jangka hayat bateri lebih panjang, teknologi inovatif terkini untuk pengalaman penggunaan yang amat bertenaga.

Dengan ketebalan kurang dari suku inci, XPS 13 menggabungkan teras prestasi reka bentuk dengan berapa teknologi terbaru Intel termasuk Rapid Start dan Smart Connecti, untuk menjadikan pengguna lebih produktif, terhubung dan renponsif dari mana saja.

>Spesifikasi

PRODUK: Dell Ultrabook XPS 13
HARGA: Tidak diperoleh

PEMPROSES: Pilihan Intel Core i5 2467M dan i7 2637M
OS: Microsoft Genuine Windows 7 Home Premium
GRAFIK: Intel HD 3000
MEMORI: 4GB DDR3 SDRAM 1333Mhz
SETORAN: Pilihan 128 GB SSD or 256GB SSD
SKRIN: HD WLED 13.3 inci
DIMENSI: 6-18 x 316 x 205mm
BERAT: 1.36kg

Nikon D4 terbaik


TERUS melangkah ke pasaran selepas berjaya mengeluarkan produk D3s, pastinya Nikon pantas memulakan tahun baru dengan model lebih canggih, D4 yang menggunakan pemprosesan Expeed 3 didakwa empat kali lebih laju memproses gambar.

Ia menggunakan slot kad memori XQD yang lebih pantas daripada CF UDMI7 dengan setoran minimum 32GB.

D4 dilengkapi pengesan imej CMOS Nikon FX-format yang baru (saiz pengimejan 36.0 ◊ 23.9 mm) dan mempunyai bilangan piksel 16.2 juta yang menawarkan kualiti imej unggul dalam pelbagai keadaan pencahayaan dari rangkaian sensitiviti ISO 50 ke ISO 204800.

>Spesifikasi

PRODUK: Nikons D4
HARGA: Anggaran RM18,000 (kerangka saja)
ENJIN: Expeed 3
PENGESAN IMEJ: Nikon FX-format CMOS (saiz 36.0 ◊ 23.9 mm)
RESOLUSI: 16.2 megapiksel
SAIZ SKRIN: 3.2 inci
ISO: ISO 50 hingga ISO 204800
TITIK FOKUS: 51 poin
LENSA: Nikkor
VIDEO: Full HD 30fps
MEMORI: kad memori XQD
DIMENSI: 160 x 156.5 x 90.5mm
BERAT: 1340g

SAMSUNG Galaxy Nexus (Makan ‘Ice Cream’)

SAMSUNG Galaxy Nexus antara telefon bimbit pertama menggunakan sistem operasi baru, Ice Cream Sandwich daripada Google, sekali gus menampilkan kuasa pemprosesan 1.2GHz dan RAM sebanyak 1GB.

Bentuk fizikalnya memanjang dengan saiz 4.65 inci tapi masih mengekalkan kecanggihan paparan Super AMOLED Plus yang menjadi teknologi paling dibanggakan Samsung.


>Spesifikasi

PRODUK: Samsung Galaxy Nexus
HARGA: Anggaran RM2,199

OS: Ice Cream Sandwich
RANGKAIAN: 2G (GSM), 3G (HSDPA)
PAPARAN: Super AMOLED Plus 4.65 inci
MEMORI: 16GB atau 32GB
RAM: 1GB
PEMPROSESAN: 1.2GHz
DATA: GPRS, EDGE, HSDPA 21Mbps, HSUPA 5.76Mbps, Wifi
KAMERA: 5MP
SAMBUNGAN: Bluetooth, NFC, USB
MASA BERBUAL: 8 jam 20 minit
DIMENSI: 135.5 x 67.9 x 8.9mm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...