Selasa, 24 Januari 2012

Produk Baru: Tetikus Tahun Naga


Microsoft Corp memperkenalkan tiga tetikus edisi terhad dengan lukisan naga nukilan pelukis Nod Young dan Lin Pan Xu sempena Tahun Baru Cina serta dua warna baru bagi tetikus tanpa wayarnya, Microsoft Wireless Mobile Mouse 3500 dan Arc Touch.

Masih mengekalkan spesifikasi yang sama, namun kedua-dua edisi khas ini mempunyai lukisan naga pada bahagian badannya.

Dipadankan dengan dua warna lukisan naga pada Wireless Mobile Mouse 3500 iaitu merah dan emas, yang mengikut kepercayaan orang Cina merah itu melambangkan nasib baik dan kegembiraan, manakala emas melambangkan kekayaan dan kebahagiaan.

Sementara hanya satu pilihan tetikus Arc Touch dengan lukisan naga berwarna kelabu pada badan tetikus berwarna hitam.

Pengurus kanan bahagian perkakasan Microsoft, Ben Reed berkata, kedua-dua model dipilih kerana ia antara model paling popular.

“Microsoft juga memperkenalkan dua warna baru tetikus Arc Touch biasa iaitu merah Sangria dan kelabu simen,” katanya.

>Spesifikasi

PRODUK: Tetikus Wireless Mobile Mouse 3500 Edisi Tahun Naga
HARGA: Anggaran RM96
TEKNOLOGI: Blue Track
ISYARAT: Nano Transceiver
BATERI: Tahan 8 bulan
KEGUNAAN: Boleh digunakan dengan tangan kanan atau kiri
DIMENSI: 57.1mm x 95.4mm

>Spesifikasi

PRODUK: Arc Touch Mouse Edisi Tahun Naga
HARGA: Anggaran RM192
TEKNOLOGI: BlueTrack
BATERI: Tahan 6 bulan
ISYARAT: Nano Transceiver
KEGUNAAN: Boleh digunakan dengan tangan kanan atau kiri
DIMENSI: 58mm x 130.6mm

Isnin, 23 Januari 2012

Dell Alienware Aurora untuk Peminat Games (Gamer)

Dell sentiasa memberikan yang terbaik untuk Gamer. Desktop Alienware Aurora kini hadir dengan rekabentukkerangka yang hebat dengan lampu LED bagi menambahkan "mood". Aurora memiliki keupayaan grafik yang hebat untuk permainan games dengan prestasi maksimum, dengan sokongan dua kad grafik sehingga 2GB GDDR5 AMD Radeon HD 6950.
Ini ditambahkan lagi dengan kuasa pemprosesan siri CPU Aurora baru, Intel Core 3000 bagi kawalan mutlak dan kelajuan tinggi. Casis yang besar sesuai untuk sebarang naik taraf, susun atur komponen dalaman yang kemas dan penyejukan cecair bagi memastikan kelajuan berprestasi tinggi agar permainan anda lancar dan tidak terganggu.

Dell Alienware Aurora boleh dimiliki dengan harga RM7,999.

IMAX DIGITAL THEATRE SYSTEM di TGV Sunway Piramid

IMAX Theatre direka dan dipasang semula dengan konsep Tanjung Golden Village (TGV) semata mata untuk memberikan keselesaan dan audio visual yang lebih berkualiti.
IMAX Theatre menyediakan penonton, pengalaman tontonan menyeluruhdengan teknologi revolusi, manakala IMAX Exprience pula memberikan imej jelas,bunyi digital yang berkuasa dan geometri teater. IMAX Theatre di Sunway TGV dengan skrin IMAX yang lebih besar, sedikit melekung dan diperbuat khas dengan kedudukan yang lebih dekat dengan penonton. jika anda ingn menonton wayang yang memberikan sepenuhnya kepuasan dan luarbiasa? boleh ke IMAX TGV mulai sekarang...

Samsung 7 Chronos lebih nipis dan ringan

Berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh Samsung dalam komputer riba Siri 9, kini syarikat tersebut kembali memperkenalkan siri baru iaitu Siri 7 Chronos.
Dilengkapi bersama sarung yang diperbuat daripada aluminium, ringan dan kompak, Siri 7 Chronos juga turut dimuatkan bersama teknologi terkini daripada Intel Core i5 Quad Core yang mana mampu menyediakan data memori flash sebanyak 8GB kepada papan utama.
Menurut Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, Siri 7 Chronos mampu meningkatkan penggunaan komputer riba di kalangan peminatnya.

"Matlamat kami untuk menghasilkan komputer riba yang bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan hidup penggunanya, malah dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan dapat memenuhi permintaan pasaran.

"Kami juga mempercayai bahawa penciptaan Siri 7 Chronos merupakan kemuncak kepada penghasilan serta penggunaan komputer riba," ujarnya pada majlis pelancaran komputer tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain memiliki kelajuan yang tinggi, Siri 7 Chronos juga turut dilengkapi paparan berkualiti tinggi bersama teknologi MAX Screen 14 inci.

Tanpa mengorbankan keselesaan untuk bergerak bersama skrin seluas 14 inci, pengguna malah memiliki kelebihan paparan yang lebih luas serta jelas berbanding skrin 13 inci sebelum ini.

Menurut Pengurus Negeri, Intel Malaysia dan Brunei, Prakash Mallya, pengguna komputer kini lebih berminat kepada komputer riba yang lebih ringan dan nipis supaya ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi.

"Justeru, kami di Intel percaya Siri 7 Chronos mampu memenuhi keperluan tersebut dan memberikan pengalaman komputeran bersama Intel Core i5," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan komputer riba Samsung 7 Chronos anda boleh layari www.samsung.com.my

Jimat kuasa bersama Acer Aspire S3

Lebih ringan dan nipis menjadikan Acer Aspire S3 pilihan utama bagi mereka yang bergerak aktif.

DIREKA bagi memenuhi keperluan para pengguna komputer riba moden yang sentiasa ingin memaksimumkan masa dan usaha di mana sahaja, Acer kini memperkenalkan Aspire S3 Utrabook yang terbaru.

Menawarkan gabungan kuasa dan produktiviti sebuah komputer riba bersama ciri-ciri penting telefon pintar dan tablet PC seperti pantas untuk dihidupkan dan kepantasan sambungan Internet.

Menurut Pengurus Besar Acer Sales Services Sdn. Bhd., Ricky Tan, pihaknya komited untuk terus membuat penyelidikan dan pembangunan reka bentuk yang inovatif serta ekopintar.

"Ia bertujuan bagi memenuhi kehendak pengguna serta menyumbang ke arah pasaran komputer riba yang lebih sihat.

"Acer Aspire S3 Ultrabook dijangka menerajui momentum pertumbuhan baru bagi komputer riba Acer ketika kami berusaha untuk menawarkan kepada pelanggan pelbagai rangkaian produk bergerak yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi menarik dan terkini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Aspire S3 Utrabook di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aspire S3 menampilkan dua inovasi terbaru iaitu Acer Green Instant On yang menawarkan maklum balas yang sangat pantas bagi memberikan pengalaman 'permulaan dan penggunaan secara segera'.

Teknologi tersebut memiliki dua mod tidur (sleep) yang membolehkan Acer Aspire S3 kembali dioperasikan dalam masa yang singkat.

Bagi mod Sleep Acer Aspire S3 akan dihidupkan semula dalam tempoh kurang dua saat sementara dalam mod Deep Sleep pula ia boleh kembali dihidupkan dalam masa enam saat sahaja.

Inovasi kecekapan tenaga ini memastikan bateri dapat bertahan sehingga tujuh jam lamanya sewaktu beroperasi dan bateri mampu bertahan sehingga 50 hari jika berada didalam mod Deep Sleep.

Seterusnya, ciri Acer Instant Connect pula membolehkan pengguna untuk mengakses Internet dalam masa hanya 2.5 saat iaitu empat kali lebih laju berbanding dengan sambungan Internet konvensional.

Kuasa Aspire S3 dijana oleh pemproses Intel Core generasi kedua termasuklah inovasi Instant On dan Instant Connect di samping hanya seberat 1.4 kilogram (kg) dan senipis 13 milimeter (mm).

Reka bentuk Aspire S3 yang lebih aerodinamik juga menampilkan kerangka aluminium atau aloi magnesium yang ringan di samping dilindungi dengan satu lapisan kemasan logam yang licin.

Pengguna boleh memilih storan bermula dari 320 GB HDD untuk tujuan akses yang ultra pantas, storan media serta data yang besar.

Dilengkapi dengan Dolby Home Theater v4 yang ditala secara profesional, Aspire S3 memberikan kesan bunyi sekeliling yang lebih bertenaga.
Aspire S3 ditawarkan pada kadar harga RM2,599 dan boleh didapati di semua wakil penjual yang sah, untuk maklumat lanjut layari laman web Acer di www.acer.com.my atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...