Rabu, 14 Mac 2012

Samsung Contest Anyone Can Win, Everyday!

Samsung Malaysia membuat promosi dan peraduan bagi mereka yang ingin membeli handfone baru Samsung. Peraduan ini berlangsung selama 45 hari dan Pemenang bakal menerima hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya adalah 45 X Samsung LED TV 32 Inci dan Hadiah Utama adalah 5 X PERODUA Myvi 1.3L. Memang menarik sungguh hadiah yang ditawarkan, so apa lagi terus ke pengedar-pengedar sah Samsung Malaysia untuk sertai.

Ahad, 11 Mac 2012

Toshiba Qosmio DX730 hab hiburan termoden bagi produk komputer peribadi

SUSULAN kemunculan pelbagai aplikasi serta program multimedia di pasaran ketika ini, Toshiba memperkenalkan Qosmio DX730, iaitu komputer peribadi desktop bercirikan semua dalam satu yang pertamanya dengan paparan pelbagai sentuh Definisi Tinggi (HD) berukuran 23 inci.

23" FHD LED Wide
and Touchscreen Display

Ciri semua dalam satu itu menjadikan Qosmio DX730 hab hiburan termoden bagi produk komputer peribadi ketika ini kerana ia dilengkapi sistem audio berkualiti tinggi, aplikasi video bertenaga dan prestasi perkomputeran premium.

NVIDIA® GeForce® GT540
Graphics Card

Lebih unik apabila aspek perkomputeran premium yang diketengahkan berupaya mengurus serta menghasilkan kandungan lain pada komputer peribadi anda.
Qosmio DX730 dilengkapi memori DDR3 16GB dan kapasiti storan sehingga 2TB bagi membolehkan simpanan fail foto dan muzik dilakukan dengan mudah. Ia juga mempunyai sistem sokongan dalaman bertenaga yang boleh dipasang prosesor generasi kedua Intel Core i5 atau i7.

Toshiba Video Enhancement
Technology and HDMI Ports

Bertepatan dengan identiti hab hiburan, Qosmio DX730 dengan skrin seperti televisyen serta kemampuan menyokong kandungan HD lengkap 1080p menawarkan pengalaman seperti berada di tempat duduk depan di pawagam ketika menonton filem DVD di rumah.

Dengan skrin yang besar, komputer peribadi Toshiba ini juga memberi pengalaman baru dan kepuasan apabila melayari aplikasi multimedia lain serta bermain permainan komputer.

Onkyo Stereo Speakers
and Dolby® Advanced Audio

Peminat permainan konsol pula boleh memanfaatkan paparan komputer peribadi ini menerusi port HDMI untuk hasil imejan visual lebih menarik.
Pembangunan papan kekunci tanpa wayar yang menyamai reka bentuk komputernya menjadikan keseluruhan kelengkapan komputer peribadi Toshiba ini lebih anggun.

Didatangkan dalam variasi hitam dan putih, Qosmio DX730 sesuai di tempatkan di ruang tamu, bilik makan, dapur mahu pun bilik tidur.

Bagi yang berminat? Toshiba membuat promosi untuk produk terbarunya ini

(klik pada gambar untuk besarkan)

Toshiba Portege siri Z830 nipis dan ringan serta paling canggih.

MAHUKAN komputer notebook nipis yang menepati keperluan anda untuk dibawa ke mana saja, dilengkapi sistem berprestasi tinggi?

Toshiba Portege siri Z830 adalah jawapannya.

Dilancarkan pada penghujung 2011, Z830 adalah sistem ultrabook Toshiba terbaru yang dilengkapi prosesor Intel Core generasi kedua.
Keupayaan Toshiba membangunkan produk seberat 1.12 kilogram dan setebal 15.9 milimeter sesuatu yang dinantikan pengguna segmen perniagaan atau pelajar yang sentiasa bergerak.

Rekaannya bukan sekadar nipis dan ringan, Z830 dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi, aloi magnesium bagi memastikan ia ringan.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa rekaan berasaskan ciri ‘Honeycomb Rib’ dan struktur dalaman baru yang mampu menawarkan aspek keselamatan menerusi penyerapan gegaran.

Teknologi EasyGuard Toshiba pula direka bagi menepati ciri keselamatan, kebergantungan dan kukuh yang sering menjadi isu utama di kalangan pengguna.
Sementara itu, dari segi prestasi Z830 didatangkan dengan memori DDR3 pantas, pengurusan operasi yang mampu meningkatkan jangka hayat bateri dan pemacu 128GB.
Bagi sambungan port pula, ia dilengkapi antara lebih versatil iaitu Bluetooth, WLAN, VGA, HDMI dan beberapa ruangan USB 3.0.

Pengalaman multimedia bagi siri terbaru Toshiba itu membanggakan apabila ia dibangunkan dengan paparan definisi tinggi (HD) cerah 13.3 inci.
Apabila dinilai menerusi aspek penyampaiannya, sistem audio siri berkenaan dipertingkatkan dengan pembesar suara bertenaga yang beroperasi selari dengan Teknologi Peningkatan Audio Toshiba.

Toshiba Portégé Z830

Ia bermakna, pengalaman mendengar muzik, menonton video dan perbualan video lebih mengasyikkan.

Spec:

CPU Technology*
Intel® CoreTM i5-2467M Processor (with Turbo Boost Technology up to 2.3GHz, 1.6Hz, 3M Cache)
Intel® CoreTM i7-2677M Processor (with Turbo Boost Technology up to 2.9GHz, 1.8Hz, 4M Cache)
Operation System*
Genuine Windows® 7 Home Premium 64-bit
Genuine Windows® 7 Professional 32-bit
Genuine Windows® 7 Professional 64-bit
Chipset
Mobile Intel® HM65 Express Chipset
System Memory
4096MB DDR3 1333MHz SDRAM expandable up to 6144MB
6144MB DDR3 1333MHz SDRAM
Display
13.3" WXGA HD LED Backlight TFT display (16:9), resolution 1366 x 768
Graphics
Intel® HD Graphics, up to 1696MB total available graphics memory
Hard Disk
128GB Solid State Drive
Pointing Device
Touchpad with multi-gesture support
Communications
Bluetooth v3.0 w/ High Speed Technology, Intergrated 802.11 bgn, 10/100/1000Mpbs LAN
Built-in Camera
Built-in 1.3M HD Web Camera with Toshiba SmartFaceTM Technology
Sound System
Stereo Speakers, 16-bit Stereo with Intel® High Definition Audio Support
Interfaces
1xUSB 3.0, 2xUSB 2.0, RGB, HDMI, SD Card Reader (supports MMC, SD, SDHC, SDXC, miniSD**, microSD**), External mic/headphone ports, Kensington slot
Battery Type
8-Cell Lithium Ion (Fixed)
AC Adapter
45W Universal AC Adapter
Security and Protection
Fingerprint Reader-Single Sign On, Spill-resistant keyboard, Trusted Platform Module (TPM)*
Physical Dimensions
316.0 x 227.0 x 8.3/15.9mm
Weight
Starting from 1.12kg
Color Variation
Magnesium alloy with brushed silver finish
Warranty*
1-year carry-in International Limited Warranty (parts & labor), 1-year battery (carry-in)
3-year carry-in International Limited Warranty (parts & labor), 1-year battery (carry-in)
Bundled Software*
Microsoft® Office Starter 2010, Norton Internet SecurityTM (60 days trial), Microsoft® Windows Live (Windows Live Mail, Windows Live Messenger, Windows Live Photo Gallery, Windows Live Writer), Microsoft® Bing, Toshiba ConfigFreeTM Connectivity Doctor, Toshiba Face Recognition, Toshiba ECO Utility, Toshiba Bulletin Board, Toshiba ReelTime, Toshiba Power Saver Utility, Toshiba Assist, Toshiba PC Health Monitor, Toshiba Security Assist, Toshiba HDD Protection, Toshiba Video Player*, Adobe Reader, Toshiba Speech System, Toshiba Zooming Utility, Toshiba Web Camera Application, Toshiba Disc Creator, Toshiba Flash Cards, Toshiba Sleep Utility, Toshiba Audio Enhancement, HDD Recovery

Khamis, 8 Mac 2012

The New iPad - Wi-Fi + 4G LTE

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook berucap semasa pelancaran produk terbaru Apple, iPad di Pusat Seni Yerba Buena, San Francisco, California, awal pagi ini. iPad ini diperbaharui dengan skrin yang lebih jelas dan pemproses yang lebih pantas. Apple berkata paparan baru akan menjadi lebih jelas daripada televisyen definisi tinggi sedia ada.
"The New iPad" memberikan paparan terbaik dan paling jelas. Apple juga menambah baik semua
elemen-elemen asas iPad menjadi lebih baik - paparan, kamera, sambungan wireless. Semua ini menjadikan iPad baru, generasi ketiga lebih daripada yang pernah anda bayangkan.

Dengan paparan HDTV menjadikan gambar,video atau games lebih jelas dan terang,ia juga mengguna chip terbaru A5X chip with quad-core graphics yang menjanjikan kelajuan lebih 4 kali ganda daripada iPad 2 dan bateri yang lebih besar serta mampu bertahan selama 10 jam. Dengan teknologi terbaru 4G LTE ini akan menghubungkan anda kepada internet lebih pantas dan stabil. The New iPad berkemungkinan akan memberikan perkhidmatan telefon?bermakna anda boleh membuat pangilan kepada semua rakan rakan. namun ianya belum dapat dpastikan lagi. Tunggu The New iPad datang ke Malaysia....

Rabu, 7 Mac 2012

Acer Iconia Tab A200

ANTARA nama besar dalam industri perkomputeran, Acer memperkenalkan tablet Iconia Tab A200 yang menggabungkan fungsi multimedia, hiburan, komunikasi, peluncuran laman web dan aplikasi produktiviti, semua bergerak dengan lancar di atas skrin.
Ia sekali gus memberikan pengguna senario terbaik bagi setiap kerja yang dilakukan menggunakan pemprosesan Nvidia Tegra 2 Dual Core 1GHz serta RAM berkuasa 1GB DDR2.
Tampil dengan rekaan empat segi, ia menggunakan skrin bersaiz 10.1 inci berkecerahan tinggi.

>Spesifikasi

PRODUK: Acer Iconia Tab A200
HARGA: RM1,299
OS: Android HC 3.2
PEMPROSESAN: Nvidia Tegra 2 Dual Core, 1GHz
SETORAN: 16GB eMMC
MEMORI: 1GB DDR2 RAM
SAMBUNGAN: Bluetooth(R) 2.1+EDR, Wi-fi 802.11 b/g/n, GPS
KAMERA: 2MP
SKRIN: 10.1’ WXGA TFT 262K LCD
JANGA HAYAT BATERI: lapan jam
DIMENSI: 260 x 175 x 12.4 mm
BERAT: 710g

Khamis, 1 Mac 2012

Peluang ceburi bisnes telekomunikasi luar bandar

BISNES TMC sesuai dijalankan di pekan-pekan kecil untuk kemudahan penduduk luar bandar.

CAPAIAN Internet yang terhad di luar bandar dan pedalaman mengakibatkan penduduk kawasan tersebut sering berhadapan dengan masalah membuat pembayaran bil setiap bulan.

Lebih menyulitkan, kaunter pembayaran yang terletak di jauh di pekan-pekan juga menyebabkan mereka terbeban dengan kos yang perlu ditanggung serta pembaziran masa.

Memahami permasalahan itu, sebuah syarikat bumiputera tempatan, Berjaya Telekomunikasi telah memperkenalkan Program Keusahawan Komunikasi untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar.

Ia dilaksanakan di bawah projek Pusat Perkhidmatan Telekomunikasi Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Pusat Telco Mini (TMC).

Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan pembayaran pelbagai jenis bil di kalangan penduduk pedalaman selain menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan telekomunikasi.

Menurut Ketua Eksekutif Pemasaran TMC, Jeffrey Khua, menerusi projek berkenaan, individu yang berminat boleh menyertai pakej perniagaan yang telah disediakan TMC.

"Mereka akan bertindak sebagai agen kutipan di sesebuah kawasan untuk memudahkan penduduk menjelaskan pelbagai jenis bil seperti bil telefon, utiliti dan penyiaran termasuk pembayaran bagi dua syarikat telekomunikasi di Brunei.

"Apa yang menarik, sistem ini tidak memerlukan sebarang akses komputer atau Internet sebaliknya hanya menggunakan aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit.

"Aktiviti bisnes berteraskan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini sebenarnya bakal memberi pulangan lumayan dan tidak mempunyai risiko tinggi berbanding perniagaan lain,'' jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Selain perkhidmatan sedia ada, pada tahun 2012 ini, TMC bakal memperkembangkan dua lagi servis terbaru iaitu pemindahan duit serta pembayaran kepada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.

Sesuatu yang menarik mengenai aplikasi pembayaran melalui telefon bimbit itu, ia mempunyai antara muka yang ringkas dan mudah untuk dikendalikan.

Bagi melaksanakan transaksi, agen perlu mengkreditkan nilai tertentu ke dalam akaun telefon bimbit mereka terlebih dahulu sebelum ditolak secara automatik sekiranya pelanggan membuat bayaran.

Keuntungan akan diperoleh menerusi caj perkhidmatan yang dikenakan bergantung kepada jarak dan keadaan sesebuah kawasan pedalaman.

Selain individu, para pemilik kedai telefon bimbit dan kedai runcit juga dialu-alukan untuk menyertai projek tersebut.

Ketika ini, TMC mempunyai seramai 52 orang agen di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak dan dijangka ia akan meningkat kepada 1,000 orang menjelang pertengahan tahun ini.

Untuk menyertai TMC, usahawan perlu membayar pakej RM1,995 bagi menerima telefon bimbit beserta aplikasi, kredit bernilai RM300, buku resit dan yang paling penting tidak mempunyai sebarang kos penyelenggaraan.

Oleh itu, agen akan mendapat keuntungan seratus peratus daripada kos perkhidmatan yang dikenakan.

Daripada segi sekuriti pula, pembayaran tersebut adalah selamat dan dijamin boleh dikemas kini dalam masa 24 jam.

Bercerita mengenai aplikasi TMC, Jeffrey memberitahu, pembangunan programnya telah mengambil masa selama tiga bulan dengan sokongan pengaturcara dari China.

Aplikasi berkenaan mempunyai keupayaan boleh diselaraskan bersama semua model telefon bimbit sama ada yang baru atau pun lama.

Untuk strategi perniagaan tersebut pula, pihak TMC akan memberi pendedahan dan informasi kepada pembekal serta pemilik kedai telefon bimbit di seluruh Malaysia tentang betapa mudahnya menjelaskan bil menerusi telefon bimbit.

"Ini merupakan peluang perniagaan yang sangat baik untuk penduduk luar bandar meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui bisnes telekomunikasi.

"TMC akan membantu mereka yang berminat bagi memulakan perniagaan ini daripada segi daripada segi latihan dan bimbingan nasihat,'' jelasnya.

Pada masa hadapan, TMC bercadang untuk mewujudkan sistem pembayaran dalam bentuk caravan bergerak untuk kemudahan mobiliti lebih baik kepada pengguna.

Mereka yang berminat menjadi usahawan TMC boleh menghubungi talian 03-8888 8655, 09-662 6862 atau layari portal TMC di www.tmc.my

BlackBerry 9790 yang terbaik

MODEL terbaru telefon pintar BlackBerry Bold siri 9790 kini boleh diperoleh menerusi tawaran pakej istimewa Maxis pada harga serendah RM1,090.
Ia tersedia bersama langganan pelan Servis Internet BlackBerry (BIS) di semua Pusat Maxis dan rangkaian Stor Jualan Eksklusif Maxis.

BlackBerry Bold 9790 disempurnakan bersama kelebihan kuasa dan prestasi canggih selain dilengkapi reka bentuk kompak menggunakan material premium.

Dengan saiz yang lebar dan mudah dipegang, peranti tersebut selesa dipegang untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Kawalannya pula tersedia dalam dua cara iaitu melalui skrin sentuh responsif beresolusi tinggi serta papan kekunci bersama trek pad.

Bagi sistem operasi, model berkenaan dipacu oleh BlackBerry 7 dan pemproses 1 GHz dengan peningkatan fungsi pelayaran web, pencarian universal menggunakan suara, aplikasi mengedit dokumen, sokongan NFC dan pelbagai aplikasi personal.

Ia turut tersedia bersama kapasiti memori binaan dalam lapan gigabit (GB) yang mana ruang storannya yang boleh dipertingkatkan kepada 32GB menerusi sokongan kad memori.

Sesuatu yang menarik, gajet itu dilengkapi aplikasi realiti Wikitude yang membolehkan pengguna mencari kontak BlackBerry Messenger (BBM) terdekat dalam masa nyata seterusnya membaca komen mengenai tempat-tempat menarik berhampiran mereka.

Maklumat lanjut mengenai pakej BlackBerry Bold 9790 daripada Maxis ini boleh diperolehi daripada laman web www.maxis.com.my.


Spec:

BlackBerry® 7 OS
2.45" Liquid Graphic display + Capacitive
Touch Screen
True multitasking (not task-switching)
Features the new BBM
QWERTY keyboard
5MP camera with VGA Video Recording
1 GHz processor and 768MB RAM

Yahoo ancam saman Facebook


SAN FRANCISCO 29 Feb. - Yahoo mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook kerana melanggar hak patennya, strategi yang telah berjaya dilakukannya ke atas Google sejurus sebelum enjin carian itu disenaraikan di bursa saham pada 2004.

The New York Times melaporkan, Yahoo menuduh Facebook melanggar 10 hingga 20 hak patennya berhubung pengiklanan di dalam talian, bidang yang dipeloporinya sebelum ditenggelamkan oleh Facebook dan Google.

Yahoo menuntut Facebook membayar yuran lesen atau berdepan tindakan undang-undang.

Ancaman itu dibuat beberapa minggu sebelum Facebook dijangka disenaraikan di bursa saham, sesuatu diramalkan menjadi penyenaraian syarikat teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dengan nilai syarikat antara AS$75 bilion (RM225 bilion) dan AS$100 juta (RM300 juta).

sumber: Berita Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...