Rabu, 12 Disember 2012

Asus Nexus 7 (3G) Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM1099 Untuk Versi 32GB

Asus Malaysia, secara rasminya mengumumkan yang mana peranti tersebut telah pun boleh didapati di pasaran, bermula daripada hari ini.

Harga jualannya untuk pasaran Malaysia adalah RM1099 untuk versi 32GB. Ia didatangkan dengan Android 4.1 Jelly Bean (boleh dikemaskini kepada 4.2), cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 empat-teras, kamera hadapan 1.2-megapixel, dan sokongan HSPA+ padanya.

Beberapa pengedar telah memulakan pra-tempahan sebelum ini, dan dengan pengumuman rasmi pihak Asus, ia membolehkan para pengguna mendapatkannya daripada pengedar rasmi Asus seluruh Malaysia bermula hari ini.

Sayangnya Nexus 7 tidak mempunyai kamera belakang dan ini menghadkan penggunaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...