Jumaat, 21 Disember 2012

Acer Aspire S7

SELEPAS cemerlang dengan siri Acer Aspire S5 yang diperkenalkan beberapa bulan lalu, penampilan ultrabook terbaru S7 kali ini pula menjanjikan sesuatu yang cukup mantap baik daripada segi rekaan mahu pun fungsinya.
Paling nyata, pacuan sistem operasinya yang disokong platform Windows 8 bakal menawarkan kelancaran pengalaman pengkomputeran selain keunikan skrin kukuh Gorilla Glass dan papan kekunci bercahaya mengikut kecerahan persekitaran.
Pembangunan generasi baru Aspire ini turut memberi fokus kepada binaan yang ringan dan nipis iaitu hanya 11.9 mm, kemasan ringkas, tetapi elegan serta dilengkapi sistem penyejukan berkembar Acer TwinAir untuk sokongan ketahanan kuasa bateri.

Selain itu Acer Aspire S7 juga menyokong fungsi Full HD dan 10 titik sentuh dimana anda hanya perlu menyentuh pada skrin untuk membuka fail atau ketika melayari internet. Anda juga boleh memilih diantara model serba boleh 13.3 inci atau model boleh ubah 11.6 inci.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Acer Aspire S7
HARGA: RM3,799
OS: Windows 8
PEMPROSES: Intel Core i5
GRAFIK: Intel(R) HD Graphics
RAM: 4GB DDR3 RAM
STORAN: 128GB
SKRIN: 13.3 inci HD (1920 x 1080) dengan teknologi IPS
SAMBUNGAN: 3 x USB 3.0, HDMI, Thunderbolt, Bluetooth, slot kad memori SDHC dan WiFi.
BATERI: Sehingga 6 jam
BERAT: 1.3kg
KETEBALAN: 11.9mm
WARNA: Putih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...