Ahad, 26 Ogos 2012

Aku Terpikat dengan Honda CRZ


SELEPAS varian manual enam kelajuan, jentera hibrid sport iaitu Honda CR-Z kembali dengan model terbaru menggunakan Transmisi Pemboleh Ubah Berterusan (CVT).
Model terbaru dengan transmisi dengan CVT tujuh kelajuan automatik itu memberi pilihan dalam kenderaan teknologi hibrid keluarga jenama Honda.

Model itu dipadankan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan sistem hibrid Bantuan Motor Bersepadu (IMA) yang menyalurkan kuasa sehingga 123 PS sekali gus memberi tindak balas terbaik dan menarik.
Sama seperti model sebelum ini, Honda CR-Z automatik masih mengekalkan tiga pilihan mod pemanduan iaitu Sport, Normal dan Eco.

Honda CR-Z ditawarkan de­ngan empat pilihan warna iaitu putih, perak, merah dan hitam yang dijual RM119,000.

Mana tahu suatu hari nanti dimurahkan rezeki teringin jugak nak beli Honda CRZ nie!!!.

Sony Xperia Acro S RM1,699


SONY Mobile Communications (Sony) mempunyai beberapa model baru dikeluarkan tahun ini yang rata-rata sesuai untuk penggunaan tertentu dengan masing-masing dilengkapi ciri menarik sukar dilepaskan.

Salah satunya termasuk Xperia Acro S menjadi model telefon bimbit menarik kerana keupayaannya didatangkan lengkap bersama penarafan format IP57, yang bermaksud, ia kalis air dan habuk. Di sebalik dua ciri yang sukar dibayangkan jika anda hanya menggunakan telefon biasa di pasaran, model terbabit masih datang penuh dengan ciri mewah seperti pemprosesan Dual Core serta format paparan 4.3 inci 720p HD.

Acro S menggunakan paparan 4.3 inci Reality 720p skrin yang tahan calar terang dan boleh dilihat walaupun di bawah cahaya matahari secara terus manakala kombinasi warnanya sungguh menarik membolehkan anda melihat skrin dari mana-mana sudut tanpa silau. Telefon pintar ini didatangkan dengan bateri 1910mAh yang mempunyai setoran hingga 16GB di samping penambahan kapasiti sehingga 32GB dengan kad microSD.

Slot kad terbabit ditempatkan di sebelah kiri, bersebelahan dengan slot kad SIM yang kedua-duanya mempunyai penutup plastik masing-masing. Menariknya, telefon terbabit sudah siap dengan sistem operasi terbaru Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Selain kalis air dan debu, Acro S juga mempunyai teknologi pengesanan jari basah bermakna anda masih boleh berinteraksi dengan menyentuh skrin ketika jari basah yang mungkin sesuai jika anda individu kerap berpeluh.

Prestasi kamera beresolusi 12.1 megapiksel cukup memadai terutama ketika kegunaan musim perayaan ini manakala fungsi ‘shutter’ juga memberi respon pantas terhadap rakaman imej yang mahu diambil.
Kuasa telefon dengan Dual Core 1.5GHz menghidupkan operasi bertenaga telefon terbabit dengan kelancaran ketika bertukar aplikasi juga tidak dapat disangkal jika anda menggunakan telefon ini.

Sony Acro S baru saja dilancarkan hari ini, anda boleh mendapatkanya di kedai-kedai telefon Sony berdekatan.

Kesimpulannya, Sony Xperia Acro S adalah telefon pintar yang baik bagi segmen peranti bersaiz 4.3 inci malah harganya pun boleh tahan sesuai dengan pelbagai ciri ditonjolkan!
SPESIFIKASI:

PRODUK: Sony Xperia Acro S
HARGA: RM1,699 (percuma aksesori bernilai RM272)
PENGELUAR: Sony Mobile Communications
PERTANYAAN: Sony Mobile Communications
LAMAN WEB: www.sony.com.my

Sabtu, 11 Ogos 2012

SAMSUNG Galaxy Pocket S5300

SmartPhone Kawalan sentuh Kelas Entri

Berbanding hp lain yang berskrin besar Samsung Galaxy, Galaxy Pocket kelihatan sangat kecil dan unik, fungsinya juga menyeluruh.

Galaxy Pocket hanya dilengkapi dengan prosesor 832MHz dan kamera 2.0MP, dengan harga yang murah ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Beratnya hanya 97.2g, dengan ketebalan 11.9mm dan mudah disimpan didalam poket serta mudah dipegang dengan sebelah tangan.
Spesifikasi:

Band: GSM 850/900/1800/1900/UMTS/HSDPA/HSUPA
Saiz: 103.7x 57.5x 11.9mm
Berat: 97.2g
Kamera 2.0MP CMOS
Format Video: MPEG-4, H.264,H.263, 3GP
Skrin: 2.8 inci 260000warna TFT,skrin sentuh
Nada dering: MP3
FM Radio: Ada
Memori: 3GB, Kad slot Micro SD, SDHC
Bateri: 1200mAh

Kelebihan:

Dengan harga yang dianggap murah iaitu RM399 Samsung Galaxy Pocket sungguh berbaloi kerana ia sebuah handphone Android, menyokong fungsi Wi-Fi dan GPS, bersaiz kecil dan menyokong kad memori sehingga 32GB.

Kelemahan:

Tidak ada fungsi yang canggih, kamera 2.0MP sahaja dan tiada fungsi auto fokus.

Jumaat, 10 Ogos 2012

ZTE Melancarkan Telefon Ketiga Dunia yang Menggunakan Android Jelly Bean Pada Model ZTE N880E Terbarunya!.

ZTE Corporation (ZTE) selaku pembekal perkakasan telekomunikasi dan peranti mudah alih global, melancarkan telefon bimbit Android 4.1 (Jelly Bean) pertama di China selepas satu minggu versi rasmi sistem operasi peranti mudah alih itu dibebaskan.

Telefon pintar dengan nama model ZTE N880E menjadi versi telefon Google Jelly Bean dan Android 4.1 pertama yang dilancarkan di China dan yang ketiga di dunia.
Selepas ini, semua telefon ZTE yang lain akan dilancarkan dengan Android 4.1.
Telefon pintar ZTE N880E mempunyai skrin sentuh kapasitif 4.0 inci WVGA dengan pemprosesan 1GHz 7627A Qualcomm, memori 4GB dan kamera 3.2MP. Ia adalah rekaan ultra-nipis dengan hanya 10.4mm tebal.
Versi asal ZTE N880E dilancarkan pada Mei 2012 lalu dengan beroperasi pada Android 2.3 dan terjual lebih daripada satu juta unit.

SPESIFIKASI:

PRODUK: ZTE N880E
HARGA: belum ditentukan
SKRIN: 4.0 INCI, WVGA, 480 X 800 TFT
BATERI: Li-Ion 1650mAh
RANGKAIAN: CDMA2000 1X, EVDO REV.A, 800MHZ
OS: ANDROID 4.1.1
PLATFORM: QUALCOMM 7627A
PEMPROSES: 1GHZ
MEMORI: 4GB + 512MB
KAMERA: 3.2MP AF
SAIZ: 119 x 61 x 10.4mm
BERAT: 130g

Khamis, 9 Ogos 2012

Perlancaran Samsung Galaxy Note 10.1 adalah pada 15 Ogos 2012

Yang Dinanti-nantikan peminat SAMSUNG Galaxy Note adalah versi 10.1 Galaxy Note yang akan dilancarkan pada 15 Ogos nanti.


Kecanggihan serta Keunikan Galaxy Note memang Terbukti!.

Buat masa sekarang harga serta Spesifikasi masih belum diketahui.

Bolehkah Pindahkan Aplikasi ke Micro Sd Card SAMSUNG Galaxy Tab 2 10.1

InfO HandPhone baru memiliki Galaxy Tab 2 10.1 dan baru membeli Micro Sd Card SanDisk, ketika cuba memindahkan application/aplikasi ke micro Sd Card tersebut InfO HandPhone sungguh terkejut kerana tiada paparan "Move to Micro Sd Card" atau pindah ke Micro Sd Card. Akhirnya selepas puas mencari jawapan samada boleh ke pindahkan aplikasi ke Micro Sd Card pada SAMSUNG Galaxy Tab 2 10.1 dan jawapan dari SAMSUNG sendiri pada "Help & Troubleshooting". Jawapannya "TIDAK" atau "Can't Move". Kecewa sangat-sangat jadi apa gunanya slot Micro Sd Card pada SAMSUNG Galaxy Tab 2 10.1 ini? Setelah mencari hampir 2 jam InfO HandPhone mendapati tiada juga fungsi untuk memasukan apps yang di download ke Micro Sd Card.

Inquiry can move apps to memory card - SAMSUNG Galaxy Tab 2 10.1
Bolehkah Pindahkan Aplikasi ke Micro Sd Card SAMSUNG Galaxy Tab 2 10.1?

Rabu, 8 Ogos 2012

Malaysia Public Holiday - Kalendar Cuti Malaysia

Sekarang pengguna Android boleh mendapatkan "Malaysia Public Holiday" di Google Play. Kadang-kadang kita terlupa yang esok hari adalah hari cuti. Dengan "Malaysia Public Holiday" anda pasti senang merancang cuti anda.

Ahad, 5 Ogos 2012

Ultrabook Acer Aspire S5

SEIRING perkembangan dunia pengkomputeran moden, banyak syarikat teknologi semakin memberi tumpuan kepada pembangunan produk komputer riba ultra (ultrabook).

Tidak ketinggalan, Acer Malaysia juga ingin melengkapkan rangkaian produk Ultrabook mereka menerusi pengenalan model terbaru Ultrabook Acer Aspire S5.

Direka dengan ciri unik, nipis iaitu hanya 11 milimeter (mm) dan berat 1.2 kilogram (kg), ia dicipta khusus untuk pelaksanaan fungsi hiburan dan tugasan harian secara mudah alih.

Ultrabook Acer Aspire S5 didatangkan dengan kelebihan respons pantas sekitar 1.5 saat untuk diaktifkan atau dihidupkan semula (resume) menerusi teknologi Acer Green Instant On.

Lebih mengujakan, sebaik dihidupkan, peranti itu hanya mengambil masa 2.5 saat untuk mengesan sambungan Internet secara automatik bagi proses mengemaskini laman web dan e-mel.

Sesuatu yang baru diperkenalkan Acer melalui model ini adalah pelancar MagicFlip pada bahagian belakang peranti di mana ia boleh dikeluarkan untuk membuka slot-slot input dan output.

Hanya menekan satu butang khas, slot seperti HDMI, USB 3.0, bacaan kad memori serta Ultrafast Thunderbolt akan terbuka dan sedia digunakan.

Bagi teknologi Ultrafast Thunderbolt pula, ia merupakan medium pindahan data pantas dengan keupayaan 20 kali lebih cepat berbanding platform USB 2.0.

Daripada segi binaan, model utama dalam rangkaian Aspire ini hadir dengan reka bentuk ergonomik dan kemasan metaliknya mampu memberi gaya elegan kepada pengguna.

Kelebihan lain model itu, ia tersedia bersama teknologi Acer Instant Connect untuk pengurusan peranti multimedia pelbagai dan Acer Theft Shield Software bagi fungsi sekuriti.

Untuk segala kecemerlangan itu, Ultrabook Acer Aspire S5 kini boleh diperolehi dengan tawaran harga pasaran RM3,499.

HP TouchSmart 620 3D - PC 3D ergonomik

PENGALAMAN teknologi 3D cukup memberi kesan kepada pengguna di rumah mereka, jadi tidak menghairankan apabila HP juga mahu memasuki segmen terbabit dengan model baru, HP TouchSmart 620 yang menjanjikan fungsi 3D terbaik.

HP menawarkan reka bentuk ergonomik pada model ini dengan monitor yang boleh digerakkan sehingga 180 darjah dan ditundukkan sehingga 60 darjah membolehkan pengguna menyesuaikan kedudukan paparan ketika menonton atau bekerja.
Selain itu, terdapat juga teknologi LinkUp, Beats Audio dan versi terbaru perisian eksklusif HP TouchSmart.

SPESIFIKASI:

PRODUK: HP TouchSmart 620 3D
HARGA: RM 4,288
PAPARAN: 23 inci, 1920 x 1080 piksel
CPU: 3.1GHz Intel Core i5-2400
MEMORI: 8GB 1,333MHZ DDR3 SDRAM
GRAFIK: 1GB AMD Radeon HD 6670A
CAKERA KERAS: 1.5TB 5,400rpm
OS: Windows 7 Home Premium (64-bit)

Rabu, 1 Ogos 2012

ASUS PadFone Canggih dengan Teknologi Hibrid

Dua dalam satu, konsepnya mudah apabila anda memerlukan tablet dan telefon dalam satu-satu masa maka di sinilah hadirnya PadFone yang mengagumkan.

Ia merupakan telefon pintar juga sebuah tablet dalam masa yang sama mampu menjadi sebuah komputer riba.

Ia merupakan gabungan antara telefon pintar ASUS iaitu PadFone dan juga PadFone Station yang mana mampu memberikan pengalaman melayari dunia maya dengan cara yang baru.

PadFone merupakan sebuah telefon pintar yang digabungkan dengan PadFone Station yang menjadikannya sebuah tablet.

Untuk menjadikannya sebagai sebuah komputer riba, tambahkan sahaja pad papan kekunci yang boleh didapati secara berasingan.

Ia juga dilengkapi bersama pemproses Qualcomm MSM 8260A Snapdragon S4 Krait dual-core 1.5 Ghz dan berfungsi menggunakan platform Google's Android 4.0 Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya.

PadFone turut menawarkan ruangan simpanan eMMC Flash (memori) daripada 16GB, 32GB, dan 64 GB bersama 1GB LPDDR2 RAM.

Sementara itu, kelebihan 8 megapiksel kamera binaan dalam bersama pemproses imej Fuji dan 1080p rakaman video menjadikan PadFone sentiasa bersedia untuk merakamkan saat indah anda.

Untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas dan terang, ASUS menyediakan skrin paparan Super AMOLED, qHD seluas 4.3 inci bagi memudahkan pengguna PadFone.

Malah, panel skrin paparan tersebut juga dibina daripada kaca tahan calar Corning Gorilla bersama HCLR Film untuk mengelakkan kesan cap jari.

Untuk kegunaan yang pelbagai PadFone boleh disatukan bersama PadFone Station menjadikannya sebuah tablet.

Manakala keseluruhan PadFone yang digabungkan bersama PadFone Station apabila digabungkan bersama papan kekunci akan menukarkannya menjadi sebuah komputer riba.

Kini tiga jenis gajet boleh disatukan untuk satu kegunaan dan satu tujuan.

Set PadFone ini juga turut dilengkapi bersama aksesori tambahan sebagai pelengkap antaranya adalah Stylus Headset yang berbentuk seperti sebuah pen.

Biarpun begitu, Stylus Headset merupakan aksesori pelbagai guna seperti pen untuk menulis di atas skrin PadFone dan juga menjawab panggilan sama seperti fungsi sebuah headset biasa.

Dua peranti satu pelan data, bagaimana? Apabila PadFone diletakkan pada PadFone Station, secara automatiknya jaringan 3G untuk PadFone di kongsi bersama.

Justeru itu, pemilik kedua-dua peranti tersebut tidak memerlukan pelan data yang berbeza sekali gus dapat menjimatkan kos.

Dalam pada itu, transformasi siri produk ASUS kini semakin diberi perhatian dan telah memilik tanda aras yang tersendiri iaitu lebih nipis dan tablet Android yang lebih berkuasa.

Apa yang pasti, PadFone pastinya memberikan satu wajah baru bagi penggemar telefon pintar dan tablet, untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ASUS di http://my.asus.com/Mobile/PadFone.

Android 4.1 Jelly Bean

Android 4.1, Jelly Bean: The world's most popular platform gets even better
Android 4.1, Jelly Bean, is the fastest and smoothest version of Android yet. Jelly Bean improves on the simplicity and beauty of Android 4.0, and introduces a new Google search experience on Android.

Meizu MX - Telefon pintar spesifikasi tinggi

Meizu, syarikat elektronik berasal dari China dijangka melancarkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi. Telefon ini adalah peningkatan daripada Meizu MX.
Meizu MX versi terbaru dikatakan disokong prosesor ‘quad core’ buatan Samsung, RAM 2GB, memori dalaman 64GB dan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich. Spesifikasi lain nampaknya masih sama dengan Meizu MX yang pertama kali dikeluarkan. Keluasan skrinnya juga sama, kira-kira empat inci.
Meizu MX versi terbaru ini bakal dipasarkan bulan depan. Kali pertama dilancarkan untuk versi Meizu MX yang lalu, ia mendapat sambutan luar biasa.

Malah di China, pelanggan terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan telefon pintar ini.

INFO: Meizu MX

− Saiz: 121.3 x 63.3 x 10.3 mm
− Berat: 139 gram

− Memori: 16 GB memori dalaman dan 1GB RAM

− Kamera: 8 Megapiksel, autofocus, LED flash

− OS: Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)

− Data: GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth, USB

Canon EOS M Revolusi Terbaru

Canon mula memasarkan kamera lensa tunggal pertamanya menggunakan teknologi tanpa pantulan itu Oktober ini dengan sasaran jualan 1,500 unit sebulan. Model EOS M akan mewujudkan revolusi baru bagi peneraju pengimejan digital global itu yang mana ia menawarkan fleksibiliti pertukaran pelbagai lensa dengan saiz kameranya yang kompak dan dengan berat 262 gram.
Canon EOS M

4 Pilihan warna untuk Canon EOS M

Pilihan Lensa Canon EOS M

EOS M adalah siri terbaru kamera Sistem Optik Elektro (EOS) Canon, yang sehingga kini model paling hampir kualitinya dengan DSLR berbanding model EOS sebelum ini.

Model ini dibawakan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, merah, putih dan perak.

INFO: EOS M


− Dimensi: 108.6 milimeter lebar x 66.5 mm tinggi x 32.33 mm nipis

− Berat: 262 g

− Penderia Imej: 18.1 megapiksel dengan penderia APSC CMOS

− LCD: 3 inci teknologi skrin sesentuh

Apple lancar iPhone 5

Apple Inc sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan produk baru pada acara utama September 2012, Syarikat teknologi paling bernilai di dunia itu akan memperkenalkan telefon pintar terbaru pada September ini.

Peranti keluaran kelima itu dijangka lebih nipis, mempunyai skrin yang lebih besar dan penyambung dok yang lebih kecil, kata sumber dan penganalisa pasaran.

Ramai peminat Apple di Malaysia yang menantikan perlancaran gadjet terbaru ini...sama-sama kita tunggu perlancaran iPhone 5 serta iPad Mini ini nanti. Dalam Hati "Nak beli Produk SAMSUNG ke? Apple Inc?"Pening-pening....

Sumber: Blog teknologi, iMore.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...