Jumaat, 17 Februari 2012

Walkman mini Sony Walkman siri NWZ-E460

DENGAN lima warna pilihan iaitu biru, merah jambu, merah, hitam dan emas, pemain muzik Sony Walkman siri NWZ-E460 menepati penampilannya yang lebih menarik dengan mengetengahkan aspek keceriaan untuk segmen pengguna muda.

Untuk memastikan ia terus relevan dalam pasaran audio visual global, Sony mengetengahkan ciri paparan skrin LCD QVGA 2 inci, fungsi video dan dan penggunaan teknologi imej yang lebih bertenaga dalam siri NWZ-E460 ini.
Pemain muzik siri terbaru ini juga didatangkan dengan fon telinga EX ciptaan terkini Sony bagi menyokong Teknologi Audio Jelas ekslusif syarikat itu.
Teknologi Audio Jelas Sony menawarkan ciri stereo lebih jelas, penggunaan teknologi bes audio yang bertenaga dan sistem Peningkatan Bunyi Digital.

Semua teknologi berkenaan memberikan hasil penyampaian lebih jelas untuk format muzik digital yang dapat menepati kehendak peminat produk Walkman Sony berkenaan.

Proses pemindahan data pula mudah dilaksanakan iaitu hanya perlu 'salin dan simpan' daripada pemain media pihak ketiga seperti iTunes3 untuk Windows, Windows Explorer atau Windows Media Player.

Siri NWZ-E460 juga didatangkan dengan ciri teknologi SensMe, bagi membolehkan senarai lagu anda disimpan mengikut kategori muzik yang dikehendaki.
Selain itu, siri terbaru E460 juga didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti fungsi karaoke dan menyelaraskan paparan lirik bagi membolehkan proses muat naik dilakukan pemiliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...