Khamis, 2 Februari 2012

Samsung P6200 GALAXY Tab 7.0 Plus (7+ mesra poket)

DALAM tempoh dua tahun kebelakangan ini, kita seakan-akan terdedah dengan penggunaan tablet, apatah lagi pasaran tablet di Malaysia meningkat dengan pengenalan dua tablet yang bersaing rapat iaitu iPad dan Samsung Galaxy Tab.
Uniknya, Samsung Galaxy Tab dilihat melakukan revolusi pasaran tablet berasaskan Google Android di Malaysia yang digenggam individu kalau anda perhatikan ketika berjalan di mana saja.

Lebih menarik, konglomerat Korea Selatan itu memberikan respons amat agresif apabila pantas menghasilkan versi baru bagi saiz tujuh incinya yang kini dikenali Samsung Galaxy Tab 7.0+.
Ia adalah tablet yang berkuasa Honeycomb 3.2 dilengkapi ciri unik tapi masih mampu beroperasi dengan lancar dilengkapi ciri asas yang ditetapkan dengan baik.
Sekali pandang, anda boleh membayangkan 7+ seakan-akan model 10.1 yang dikecilkan menggunakan teknologi pengecilan seakan-akan filem ‘Honey, I Shrunk The Kids’, namun itulah Samsung, mampu menawarkan kepelbagaian produk.
ia memang pelanduk dua serupa dengan kemasan belakang berwarna putih berkilat, tiada butang dan kukuh tapi masih ringan.

Apabila dipasang, anda mampu memerhatikan dua ciri. Pertama, ia menggunakan sistem operasi Android Honeycomb 3.2.

Paling menarik, ciri kedua iaitu terdapat ikon telefon pada skrin ‘home’.
Betul, 7+ membolehkan anda membuat panggilan telefon, jadi fungsinya kini memang meluas.
Malah, anda boleh meletakkan 7+ terus ke telinga bagi menggunakan fungsi telefon biasa. Ia pantas mengingatkan penguji kepada telefon Nokia N-Gage sebelum ini yang mempunyai ciri sama.

Galaxy Tab 7.0 Plus direka sesuai menepati kehendak kebanyakan pengguna, apatah lagi saiznya yang kecil dan senang untuk dipegang berbanding produk Galaxy Tab 10.1.

Paparan pada 7.0 Tab Plus agak memuaskan dengan resolusi 1024 x 600 piksel dan 169 ppi.

Tablet dikuasakan pemprosesan Dual Core 1.2Ghz, jadi penggunaannya memang lancar dan pantas terutama ketika anda menyelak dari satu laman ke laman yang lain secara digital.
Sementara itu, jangka hayat baterinya agak luar biasa mengambil kira tempoh penggunaan dua hari bagi jangka masa sekurang-kurangnya lima jam sehari.

INFO:

PRODUK: Samsung Galaxy Tab 7.0+
HARGA: RM1,699
PENGELUAR: Samsung Electronics
LAMAN WEB: www.samsung.com.my

1 ulasan:

  1. Harga dah turun dah sekarang RM1399....nak 1...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...