Jumaat, 29 Mac 2013

Rumah Idaman PKNS diperkenalkan pada harga mampu milik

Assalammualaikum, tadi aku ada terbaca di Malaysian Insider mengenai Rumah Mampu Milik PKNS...kepada yang berminat boleh daftar. ini petikan berita mengenai rumah tersebut:

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri Selangor memperkenalkan Rumah Idaman PKNS yang mampu dimiliki pada harga berpatutan tidak melebihi RM150,000, lebih rendah daripada harga pasaran.

Bertemakan konsep Kehidupan Aman Selesa Indah (dan) Harmoni (KASIH PKNS), projek Rumah Idaman PKNS memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah.

Sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik mengikut fasa dijangka siap menjelang tahun 2030 manakala 11,000 unit lagi akan dibina menjelang 2020 dan 20,000 unit lagi sehingga tahun 2030.

Rumah Idaman PKNS akan dibina di seluruh negeri Selangor termasuklah di Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri, Gombak, Seksyen U12, Taman Sains Selangor II dan Bandar Sultan Suleiman.

Rumah Idaman PKNS adalah projek mesra pengguna, menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mereka dengan rekabentuk yang mengambilkira ciri-ciri OKU.

Pelbagai kemudahan lain turut disediakan antaranya seperti surau, dewan komuniti, pusat tuisyen, tadika, bilik bacaan dan kawasan lapang dan rekreasi yang melebihi piawaian yang ditetapkan (20% disediakan berbanding 10% yang diperlukan) serta disusun secara berdekatan tanpa perlu melangkah jauh.

Bagi projek pangsapuri Rumah Idaman PKNS, ianya dilengkapi dengan lif.

Di samping itu, kawasan lapang yang luas turut disediakan di tengah-tengah kawasan kediaman bagi tujuan rekreasi dan kemasyarakatan untuk bakal penghuni.

Fasa awal Rumah Idaman PKNS dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013 di Bukit Botak sebanyak 1,422 unit kediaman berkembar.

Unit standard bagi rumah berkembar ini ditawarkan pada harga RM99,000 dengan rekabentuk moden serta keluasan lantai 850 kps dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Fasa kedua Rumah Idaman PKNS, Pangsapuri 6 tingkat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pula dijangka siap pada Jun 2013 dan menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Sebanyak 124 unit dibina dan mula dibangunkan pada tahun 2011 dengan keluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dengan rekabentuk berbeza yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Ia dijual pada harga di antara 60,000 hingga RM144,000 bergantung kepada keluasan lantai unit.

Seterusnya ialah Rumah Idaman di Antara Gapi, projek rumah teres 1 ½ tingkat yang menempatkan 129 unit dengan harga seunit antara RM100,000 – RM120,000.

Projek Antara Gapi dijangka siap pada Disember 2014.

Peringkat terakhir projek Rumah Idaman PKNS ialah di di Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam. Sebanyak 104 unit pangsapuri dengan keluasan lantai antara 750 hingga 850 kaki persegi telah ditawarkan.

Projek ini ditawarkan pada harga RM69,000 hingga RM120,000 sebuah dan juga dijangka siap pada Disember 2014.

PKNS menjangkakan lebih RM1.1 bilion subsidi akan dibelanjakan bagi tujuan Rumah Idaman PKNS ini.

PKNS merasakan ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan berkongsi keuntungan yang diperolehi daripada pembinaan projek kos tinggi kepada rakyat.

Syarat-syarat pemilikan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur 18 tahun ke atas

iii. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan

iv. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor

v. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

vi. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik.

vii. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik.

viii. Pembelian Rumah

kredit kepada Malaysia Insider.

Rabu, 6 Mac 2013

Samsung kembali dengan Samsung Galaxy Note 8.0

Samsung kembali menggegarkan dunia gajet pintar dengan Galaxy Note 8.0

Antara kelebihan Note 8.0 adalah tawaran solusinya yang inovatif seperti pilihan tetingkap pelbagai (multi-window) untuk memisahkan paparan skrin lapan inci kepada beberapa paparan lain dalam masa yang sama.

Manakala, teknologi pintar S Pen juga bakal memudahkan tugasan mencipta, menyunting, mengurus serta berkongsi dokumen seharian.

Lebih nipis dan kompak, Note 8.0 dilihat cukup sempurna untuk memenuhi syarat peneman on-the-go untuk aktiviti pekerjaan dan juga hiburan.

Direka untuk menyimpan dan menguruskan kecekapan data personal anda, peranti era baru tersebut menawarkan kepada pengguna peralatan organisasi atau pengurusan bersaiz poket yang hands-on.

Contohnya aplikasi Practical S Note dan S Planner membantu menguruskan tugasan harian termasuk nota minit mesyuarat, senarai tugasan malah diari peribadi anda.

Note 8.0 juga turut dilengkapi kandungan serta perkhidmatan yang terbaru seperti, chat-On yang telah dipertingkatkan menawarkan kemudahan berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas dan perbualan berkumpulan dalam format yang pelbagai seperti imej, video, suara dan juga hubungan (contacts).

Malah, aplikasi terbaru bagi Note 8.0 adalah penggunaan aplikasi yang pelbagai tanpa perlu menutup aplikasi lain seperti Memo, Diary dan senarai mesti ingat (must-remember list).

Era baru penggunaan pen pintar S Pen adalah apabila pen tersebut tidak lagi perlu menyentuh skrin.

Penggunaan aplikasi Air View menjadikan S Pen hanya perlu terawang-awang sahaja di atas paparan skrin untuk melihat pra tonton video, e-mel, gambar dan juga temujanji pada aplikasi S Planner tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.

Manakala kelebihan S Pen Gesture membolehkan anda menyunting imej dan kandungan dengan lebih mudah bersama Paper Artist dan Photo Note.

Malah, buat pertama kalinya dalam katogeri Galaxy Note, anda boleh menggunakan S Pen untuk mengawal butang fizikal menu atau back menerusi teknologi WACOM.

Seterusnya aplikasi Dual View yang membolehkan pengguna Note 8.0 membuka dua tetingkap pelbagai guna sekali gus.

Contohnya anda boleh membuka S Note di skrin paparan laman web dan dalam masa yang sama mengecilkan, menyeret, serta memadamkan kandungannya mengikut kehendak pengguna.

Pop- Up Note pula membolehkan pengguna membuka aplikasi S Note pada bila-bila masa untuk memerhatikan mana-mana indak balas kekunci walaupun sedang melayari laman web.

Samsung Galaxy Note 8.0 :

General: Optional 2G/3G/4G connectivity
Form factor: Tablet
Dimensions: 210.8 x 135.9 x 8 mm, 338 g
Display: 8" 16M-color TFT capacitive touchscreen with a resolution of 800 x 1280 pixels (189ppi)
Stylus: S Pen, 1024 pressure levels, hover functionality
Chipset: Exynos 4412 Quad
CPU: Quad-core ARM Cortex-A9 1.6 GHz processor
GPU: Mali-400MP
RAM: 2GB
OS: Android 4.1.1 (Jelly Bean)
Memory: 16/32GB storage, microSD card slot
Still camera: 5 megapixel auto-focus camera, face detection and Best faces feature, touch focus and image stabilization; 1.3MP front facing camera, video-calls
Video camera: Full HD (1080p) video recording at 30fps
Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 4.0, standard microUSB port with MHL features (TV Out, USB host), GPS receiver with A-GPS and GLONASS, 3.5mm audio jack, NFC
Battery: 4600 mAh
Misc: Nature UX, Extremely rich video/audio codec support, built-in accelerometer, multi-touch input, proximity sensor, gyroscope sensor, Smart stay and Smart rotation eye-tracking, Reading mode.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...