Jumaat, 29 Mac 2013

Rumah Idaman PKNS diperkenalkan pada harga mampu milik

Assalammualaikum, tadi aku ada terbaca di Malaysian Insider mengenai Rumah Mampu Milik PKNS...kepada yang berminat boleh daftar. ini petikan berita mengenai rumah tersebut:

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri Selangor memperkenalkan Rumah Idaman PKNS yang mampu dimiliki pada harga berpatutan tidak melebihi RM150,000, lebih rendah daripada harga pasaran.

Bertemakan konsep Kehidupan Aman Selesa Indah (dan) Harmoni (KASIH PKNS), projek Rumah Idaman PKNS memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah.

Sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik mengikut fasa dijangka siap menjelang tahun 2030 manakala 11,000 unit lagi akan dibina menjelang 2020 dan 20,000 unit lagi sehingga tahun 2030.

Rumah Idaman PKNS akan dibina di seluruh negeri Selangor termasuklah di Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri, Gombak, Seksyen U12, Taman Sains Selangor II dan Bandar Sultan Suleiman.

Rumah Idaman PKNS adalah projek mesra pengguna, menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mereka dengan rekabentuk yang mengambilkira ciri-ciri OKU.

Pelbagai kemudahan lain turut disediakan antaranya seperti surau, dewan komuniti, pusat tuisyen, tadika, bilik bacaan dan kawasan lapang dan rekreasi yang melebihi piawaian yang ditetapkan (20% disediakan berbanding 10% yang diperlukan) serta disusun secara berdekatan tanpa perlu melangkah jauh.

Bagi projek pangsapuri Rumah Idaman PKNS, ianya dilengkapi dengan lif.

Di samping itu, kawasan lapang yang luas turut disediakan di tengah-tengah kawasan kediaman bagi tujuan rekreasi dan kemasyarakatan untuk bakal penghuni.

Fasa awal Rumah Idaman PKNS dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013 di Bukit Botak sebanyak 1,422 unit kediaman berkembar.

Unit standard bagi rumah berkembar ini ditawarkan pada harga RM99,000 dengan rekabentuk moden serta keluasan lantai 850 kps dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Fasa kedua Rumah Idaman PKNS, Pangsapuri 6 tingkat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pula dijangka siap pada Jun 2013 dan menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Sebanyak 124 unit dibina dan mula dibangunkan pada tahun 2011 dengan keluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dengan rekabentuk berbeza yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Ia dijual pada harga di antara 60,000 hingga RM144,000 bergantung kepada keluasan lantai unit.

Seterusnya ialah Rumah Idaman di Antara Gapi, projek rumah teres 1 ½ tingkat yang menempatkan 129 unit dengan harga seunit antara RM100,000 – RM120,000.

Projek Antara Gapi dijangka siap pada Disember 2014.

Peringkat terakhir projek Rumah Idaman PKNS ialah di di Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam. Sebanyak 104 unit pangsapuri dengan keluasan lantai antara 750 hingga 850 kaki persegi telah ditawarkan.

Projek ini ditawarkan pada harga RM69,000 hingga RM120,000 sebuah dan juga dijangka siap pada Disember 2014.

PKNS menjangkakan lebih RM1.1 bilion subsidi akan dibelanjakan bagi tujuan Rumah Idaman PKNS ini.

PKNS merasakan ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan berkongsi keuntungan yang diperolehi daripada pembinaan projek kos tinggi kepada rakyat.

Syarat-syarat pemilikan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur 18 tahun ke atas

iii. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan

iv. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor

v. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

vi. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik.

vii. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik.

viii. Pembelian Rumah

kredit kepada Malaysia Insider.

Rabu, 6 Mac 2013

Samsung kembali dengan Samsung Galaxy Note 8.0

Samsung kembali menggegarkan dunia gajet pintar dengan Galaxy Note 8.0

Antara kelebihan Note 8.0 adalah tawaran solusinya yang inovatif seperti pilihan tetingkap pelbagai (multi-window) untuk memisahkan paparan skrin lapan inci kepada beberapa paparan lain dalam masa yang sama.

Manakala, teknologi pintar S Pen juga bakal memudahkan tugasan mencipta, menyunting, mengurus serta berkongsi dokumen seharian.

Lebih nipis dan kompak, Note 8.0 dilihat cukup sempurna untuk memenuhi syarat peneman on-the-go untuk aktiviti pekerjaan dan juga hiburan.

Direka untuk menyimpan dan menguruskan kecekapan data personal anda, peranti era baru tersebut menawarkan kepada pengguna peralatan organisasi atau pengurusan bersaiz poket yang hands-on.

Contohnya aplikasi Practical S Note dan S Planner membantu menguruskan tugasan harian termasuk nota minit mesyuarat, senarai tugasan malah diari peribadi anda.

Note 8.0 juga turut dilengkapi kandungan serta perkhidmatan yang terbaru seperti, chat-On yang telah dipertingkatkan menawarkan kemudahan berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas dan perbualan berkumpulan dalam format yang pelbagai seperti imej, video, suara dan juga hubungan (contacts).

Malah, aplikasi terbaru bagi Note 8.0 adalah penggunaan aplikasi yang pelbagai tanpa perlu menutup aplikasi lain seperti Memo, Diary dan senarai mesti ingat (must-remember list).

Era baru penggunaan pen pintar S Pen adalah apabila pen tersebut tidak lagi perlu menyentuh skrin.

Penggunaan aplikasi Air View menjadikan S Pen hanya perlu terawang-awang sahaja di atas paparan skrin untuk melihat pra tonton video, e-mel, gambar dan juga temujanji pada aplikasi S Planner tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.

Manakala kelebihan S Pen Gesture membolehkan anda menyunting imej dan kandungan dengan lebih mudah bersama Paper Artist dan Photo Note.

Malah, buat pertama kalinya dalam katogeri Galaxy Note, anda boleh menggunakan S Pen untuk mengawal butang fizikal menu atau back menerusi teknologi WACOM.

Seterusnya aplikasi Dual View yang membolehkan pengguna Note 8.0 membuka dua tetingkap pelbagai guna sekali gus.

Contohnya anda boleh membuka S Note di skrin paparan laman web dan dalam masa yang sama mengecilkan, menyeret, serta memadamkan kandungannya mengikut kehendak pengguna.

Pop- Up Note pula membolehkan pengguna membuka aplikasi S Note pada bila-bila masa untuk memerhatikan mana-mana indak balas kekunci walaupun sedang melayari laman web.

Samsung Galaxy Note 8.0 :

General: Optional 2G/3G/4G connectivity
Form factor: Tablet
Dimensions: 210.8 x 135.9 x 8 mm, 338 g
Display: 8" 16M-color TFT capacitive touchscreen with a resolution of 800 x 1280 pixels (189ppi)
Stylus: S Pen, 1024 pressure levels, hover functionality
Chipset: Exynos 4412 Quad
CPU: Quad-core ARM Cortex-A9 1.6 GHz processor
GPU: Mali-400MP
RAM: 2GB
OS: Android 4.1.1 (Jelly Bean)
Memory: 16/32GB storage, microSD card slot
Still camera: 5 megapixel auto-focus camera, face detection and Best faces feature, touch focus and image stabilization; 1.3MP front facing camera, video-calls
Video camera: Full HD (1080p) video recording at 30fps
Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 4.0, standard microUSB port with MHL features (TV Out, USB host), GPS receiver with A-GPS and GLONASS, 3.5mm audio jack, NFC
Battery: 4600 mAh
Misc: Nature UX, Extremely rich video/audio codec support, built-in accelerometer, multi-touch input, proximity sensor, gyroscope sensor, Smart stay and Smart rotation eye-tracking, Reading mode.

Khamis, 28 Februari 2013

Huawei Ascend P2

Huawei tampil dengan telefon pintar terbaru berasaskan pemprosesan Quad Core 1.5GHz menerusi model Huawei Ascend P2.

Ia menawarkan pemprosesan sebanyak 1.5GHz dibantu reka bentuk mantap bersaiz 4.7 inci yang memaparkan skrin format 720p HD di samping kepadatan skrin 315 piksel bagi kontras tinggi ketika berada di luar rumah. Kamera bersaiz 13MP bahagian belakang manakala kamera hadapan bersaiz 1.3MP, dengan 1GB RAM, 16GB memori dalaman, dioperasikan dengan Android Jelly Bean (version 4.1), 4G, NFC, serta kapasiti bateri 2,420mAh.


SPESIFIKASI:

Produk: Huawei Ascend P2
Harga: tidak diperoleh
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Pemprosesan: 1.5GHz
Skrin: 4.7 inci 315 piksel
RAM: 1GB
Kamera: 13MP
Setoran: 16GB (dalaman)
Bateri: 2,420mAh

HP Slate 7 - tablet berprestasi tinggi dengan harga yang murah


HP kembali dalam ‚permainan‘ tablet namun tampil berbeza apabila mesra Android dengan mengeluarkan Slate 7. Semasa di pameran mudah alih terkemuka, Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) pada 25 hingga 28 Februari yang lalu HP menampilkan tablet terbaru bersaiz 7.0 inci beroperasi pada sistem operasi (OS) Android 4.1 Jelly Bean dan hanya seberat 340 gram.

HP kini mampu mencabar pengeluar tablet sedia ada dengan Slate 7 yang dikuasakan oleh pemprosesan dwi teras ARM Cortex A9 1.6GHz, resolusi skrin 1024 x 600 piksel selain menggunakan setoran 8GB.

Pada masa sama, gajet terbabit mempunyai jangka hayat bateri lima jam dengan port seperti mikro USB dan dua kamera iaitu 3.0 megapiksel belakang serta VGA di depan.


SPESIFIKASI:

Produk: HP Slate 7
Harga: anggaran RM500 /USD $169
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Skrin: 7 inci 1024 x 600 piksel
Pemprosesan: dwi teras ARM Cortex A9 1.6GHz
RAM: 1GB
Memori: 8GB
Slot: kad mikroSD, mikro USB
Audio: Beats Audio
Dimensi: 197.1 x 116.1 x 10.7mm
Berat: 340g

LG Optimus Pro akan datang



LG telah melancarkan smartphones terbaru mereka bagi menyaingi Samsung Galaxy Note II yang telah berada dipasaran selama 6 bulan. LG Optimus Pro yang dioperasikan oleh Android 4.1.2 Jelly Bean,skrin 5.5-inch IPS display / 1920 x 1080 pixels,dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 600 quad-core 1.7GHz processor,2GB RAM, 32GB internal memory, kamera belakang 13-megapixel dengan autofocus, kamera hadapan 2.1-megapixel, kapasiti bateri sebanyak 3140mAh dengan berat yang hanya 160g,ciri-ciri menarik seperti sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE, 2 fungsi paparan UX yang unik, ia juga boleh melakukan dwi rakaman dan Realiti Maya (VR) panorama.


LG Optimus G Pro direka dengan satu matlamat di dalam minda iaitu setanding dengan Samsung GALAXY Nota II atau menjadi lebih baik.


Perbandingan LG Optimus G Pro terhadap Samsung GALAXY Note II dan Lenovo K900

(klik pada gambar untuk besarkan)

LG Optimus Pro



Android 4.1 .2 Jelly Bean
5.5-inch IPS display / 1920 x 1080 pixels
Qualcomm Snapdragon 600 quad-core 1.7GHz processor
2GB RAM
32GB internal memory
(microSD support up to 32GB)
4G LTE
NFC
13-megapixel rear autofocus camera
2.1-megapixel front-facing camera
3140mAh
150.2 x 76.1 x 9.4mm
160g

Rabu, 9 Januari 2013

Samsung Galaxy Note II terjual 1 juta unit di Korea

Samsung Galaxy Note II 5.5 inci, telefon bimbit bersaiz besar mencetus fenomena baru apabila sejumlah sejuta unit di jual di Korea dalam tempoh 90 hari selepas pelancaran.
Kejayaan Galaxy Note asal yang dilancarkan pada 2011 dan penggantinya, Galaxy Note II yang dilancarkan pada September lalu adalah bukti bahawa perkataan ‘phablet’ akan wujud tidak lama lagi.

Ia hanya mengambil masa kurang 60 hari untuk syarikat itu menjual lima juta telefon bimbit bersaiz besar itu di peringkat global dan Samsung kini mendakwa sudah melepasi angka jualan sejuta di pasaran Korea Selatan saja, selepas telefon itu dijual selama 90 hari.

Angka itu membuktikan bahawa adalah jelas terdapat pasaran bagi telefon bimbit dengan skrin yang lebih besar dan setakat ini Samsung menguasai penuh pasaran itu.

Untuk memastikan ia sentiasa di depan dalam persaingan yang baru muncul, Samsung sendiri dikhabarkan akan membangunkan Galaxy Note III 6.3 inci untuk menggantikan model semasa, dan bersedia untuk menjarakkan antara kategori telefon pintar dan tablet.

Phablet terbaru itu dijangka dipamerkan pada Februari ini di World Mobile Congress di Barcelona.

INFO: Samsung Galaxy Note II

5 juta unit - jualan global dalam tempoh dua bulan


Isnin, 7 Januari 2013

AndaTube Membolehkan Pengguna Menonton Dan Memuat-Turun Video YouTube Pada Windows 8

Terdapat beberapa aplikasi untuk Windows 8 yang menawarkan memainkan video terus daripada YouTube, dan salah satu yang terkini dengan beberapa fungsi menarik adalah aplikasi AndaTube.

AndaTube ini lebih kepada membolehkan pengguna mendengar lagu daripada YouTube dengan mudah pada komputer mereka, selain membolehkan pengguna memuat-turun video untuk koleksi sebagai tontonan di luar talian internet dengan mudah.

AndaTube juga mengintegrasikan sesuatu video yang dimainkan terus ke pemain lagu, sekaligus membolehkan pengguna terus mendengarnya walaupun keluar daripada aplikasi berkenaan, mengakses desktop dan sebagainya.

AndaTube boleh dimuat-turun di Windows Store. AndaTube

DiGi Mula Menjual LG Nexus 4 Pada Harga Bermula RM1499

Pihak DiGi telah pun mula menawarkan telefon pintar LG Nexus 4 untuk para pengguna tempatan, pada harga serendah RM1499 dengan komitmen bulanan dan pilihan pakej daripada DiGi.

Harga LG Nexus 4 di Malaysia adalah RM1649, dan masih tidak diketahui sama ada pengedar dan penjual yang lain akan menawarkannya ataupun sebaliknya.

Dengan DiGi, ia memerlukan pengguna melanggan pelan bulanan dengan komitmen sebanyak RM63 selama 24 bulan untuk membolehkan pengguna mendapatkan peranti tersebut pada harga RM1499.

LG Nexus 4 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Krait, selain dilengkapi kamera 8-megapixel. Ramai yang menantikan telefon pintar berjenama Nexus ini memandangkan ia akan menerima kemaskini Android terus daripada pihak Google terlebih dahulu sebelum pelbagai peranti yang lain di pasaran.

NVIDIA Mengumumkan Tegra 4 Secara Rasminya

Di CES 2013, hari ini, NVIDIA mengumumkan secara rasminya cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih terbaru daripada mereka – NVIDIA Tegra 4.
NVIDIA Tegra 4 dianggap sebagai cip pemprosesan paling pantas di dunia buat masa ini, dimana membawakan 72-teras GPU, CPU A15 empat-teras, dan juga sokongan 4G LTE terbina padanya. NVIDIA Tegra 4 beroperasi lebih pantas berbanding cip Tegra 3 terdahulu, pihak NVIDIA juga mengatakan tenaga bateri dapat digunakan ketahap optima dengan cip tersebut.

Pihak NVIDIA juga mendemonstrasikan serta membandingkan tablet yang dikuasakan dengan NVIDIA Tegra 4 dengan tablet terbaru Samsung, iaitu Nexus 10. NVIDIA Tegra 4 berjaya membuka lebih 25 halaman web dalam tempoh hanya 10.50 saat, berbanding dengan Nexus 10 yang menghampiri 50 saat.
Selain daripada kepantasan penggunaan dan juga pelayaran web, NVIDIA Tegra 4 juga turut menyertakan sokongan merakamkan gambar dalam bentuk HDR, sekaligus membawakan rakaman gambar yang lebih jelas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...