Rabu, 14 November 2012

Nexus 4 - Telefon pintar terbaru Google habis dijual

Nexus 4 telefon pintar terbaru keluaran Google dan LG habis dijual di beberapa negara dalam tempoh sejam selepas dilancarkan, hari ini.
Telefon Nexus 4 yang dihasilkan oleh syarikat LG Electronics, Korea Selatan boleh dibeli secara online menerusi Play shop Google habis dijual dan notis dihantar kepada pelanggan menerusi e-mel sekiranya unit lain akan dijual.

Nexus 4 didatangkan dengan Android 4.2 (Jelly Bean), skrin 4.7 inci Corning® Gorilla® Glass 2 , paparan 1280 x 768 pixel resolution (320 ppi), Nexus 4 menjanjikan kuasa dan kelajuan tinggi melalui pemprosesan Qualcomm Snapdragon™ S4 Pro CPU, 2 GB RAM, 8GB dan 16GB pilihan memori, kamera bersaiz 8MP dan boleh merekod video HD 1080p serta perkongsian melalui Android Beam.

Apa yang membuatkan Nexus 4 ini lebih istiwewa adalah applikasi yang tersedia dari Google padanya seperti Google Voice Search, Google Maps, isyarat menaip, Google Chrome, Google Wallet, Google Play, GPS, sokongan NFC (Android Beam), Wireless charging dan banyak lagi aplikasi yang menarik boleh dimuat turun.


SPESIFIKASI:

PRODUK: LG Nexus 4
HARGA: (Belum Diketahui)
OS: Android 4.2 (Jelly Bean)
PEMPROSES: Qualcomm Snapdragon™ S4 Pro CPU
GRAFIK: 3D
RAM: 2 GB RAM
STORAN: 8GB atau 16GB
SKRIN: 1280 x 768 pixel resolution (320 ppi), WXGA IPS, Corning® Gorilla® Glass 2
KAMERA: 8 MP belakang dan 1.3 MP hadapan.
SAMBUNGAN: SlimPort HDMI,Wireless charging,Bluetooth, NFC (Android Beam),HSPA+ 42
DIMENSI: 133.9 x 68.7 x 9.1 mm
BATERI: -
BERAT: 139g

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...