Rabu, 24 Oktober 2012

Apple perkenalkan iPad Mini

Apple melancarkan versi kecil bagi produk paling laris keluarannya, iPad sekali gus memberikan saingan terhadap komputer tablet bersaiz kecil yang dikuasai Amazon, Google dan Samsung, pagi tadi.

iPad mini itu dengan skrin sesentuh bersaiz 7.9 inci berbanding iPad asal iaitu 9.7 inci.

Versi 16 gigabit iPad mini dengan penyambungan Wi-Fi dijual pada harga AS$329 (RM1,005) manakala model 16GB bagi penyambungan Wi-Fi dan selular dijual pada harga AS$459 (RM1,403).

Bagi model 64GB iPad mini pula dengan penyambungan Wi-Fi dan selular dijual pada harga AS$659 (RM2,014).

iPad Mini terbaru itu juga mempunyai ciri-ciri seperti kamera belakang dan depan, sama seperti versi asal iPad. Tempahan iPad mini bermula 26 Oktober ini dan versi Wi-Fi akan mula diedar pada 2 November di lebih 36 negara di Asia dan Eropah selain Amerika Syarikat.

Berat iPad mini itu ialah cuma 0.3 kilogram dan tebal 7.2mm iaitu lebih nipis berbanding sebatang pensil dan didatangkan dengan model warna hitam dan putih.
SPESIFIKASI:

PRODUK: Apple - iPad Mini
HARGA: Belum diketahui harga pasaran di Malaysia
OS: Apple iOS 6
SAIZ SKRIN: 7.9 inci
RESOLUSI SKRIN: 1024-by-768 resolution at 163 pixels per inch (ppi)
JENIS SKRIN: 7.9-inch (diagonal) LED-backlit Multi-Touch
display with IPS technology
BATERI: 10
SETORAN DALAMAN: 16/32/64GB
PEMPROSESAN: 1.6GHz Quad Core
RAM: 2GB
DIMENSI: 80.5 x 151.1 x 9.4mm
BERAT: 180g

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...